Hahaha!!! Inilah dia contoh Si Bodoh yang mem-BODOH-kan diri dia sendiri. Sendiri yang pasang jerat, sekarang sendiri pulak yang terjerat. Lepas tu menggelupor cari alasan tak tentu arah.
Bila dah terjerut leher, baru la puak - puak PAS tu bagi alasan KONONnya diorang nak 'Tutup Buku' berhubung isu sumpah Bai'ah yang dilakukan oleh wakil rakyat diorang sebelum ini.
Kata Setiausaha Agung PAS, parti itu mengambil keputusan tersebut sebagai satu langkah untuk menghentikan polemik berhubung isu sumpah Bai'ah dan anggap ianya urusan wakil rakyat berkenaan.
SHAH ALAM: PAS mengambil keputusan untuk ‘tutup kitab’ berhubung isu sumpah bai’ah yang dilanggar bekas wakil rakyatnya yang bertindak melompat parti.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan, pihak yang terlibat dengan bai’ah termasuk taklik menceraikan isteri jika melanggar sumpah masih terikat dengan kekuasaan Allah.
“Kita ambil pendirian begini, sumpah bai’ah kita anggap sebagai perjanjian antara individu dengan Allah dan disaksikan oleh manusia. Kalau mereka yang terlibat dengan bai’ah ini merasakan bai’ah tidak memberi kesan, kami serahkan kepada Allah.
“Ini antara mereka dengan tuhan, mereka perlu ingat apa yang mereka lafazkan, sebut disaksikan Allah dan manusia,” katanya ketika ditemui pemberita di Kongres Rakyat di sini, Sabtu.
Ditanya sama ada PAS akan terus memberi tekanan supaya bekas wakil rakyatnya meletak jawatan, Takiyuddin berkata, parti itu tidak akan berbuat demikian.
“Kita nak tutup buku dalam isu bai’ah. Kalau mereka kata akujanji itu tak terpakai kepada dia, terpulang pada dia. Dari segi undang-undang tak ada kesan. Tak letak jawatan pun tak apa walaupun ada bai’ah atau akujanji.
“Tapi dari sudut moralnya ada. Mereka yang berkenaan kena fikir, dia berjanji dengan Allah, rakyat dan pengundi,” katanya.
Mungkin Si Takiyuddin tu anggap tindakan yang dilakukan tu dah cukup cerdik. Tapi dia tak sedar bahawa tindakan tersebut hanya sekadar membuka aib serta memalukan parti tu secara tidak lansung.
Walaupun diakui bahawa tindakan puak - puak PAS tu mewujudkan sumpah Bai'ah tu untuk mengelakkan sebarang Pengkhianatan, namun itu semya perancangan mereka sendiri.
Hakikatnya, PAS lupa bahawa perancangan manusia ni tak ke mana perginya. Kalau dah dasar pemimpin diorang sendiri jenis manusia yang suka jadi Pengkhianat, buat la sumpah macam mana cara sekali pun. Kalau dah namanya Pengkhianat tu, maka Pengkhianat la jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.