Jumaat, Oktober 23, 2015

Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.

Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.

Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Siti Fatimah berkata pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh tersebut.
"Tarikh tersebut merupakan ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret.
Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu  kerana dia dan Zarina hanya kawan biasa dan kali terakhir berjumpa beberapa bulan lepas selain sukar menghubungi Zarina kerana sering bertukar nombor telefon bimbit.
"Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu.Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah.
Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya. Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping