Jumaat, Oktober 16, 2015

Wah!!! Bukan main hebat lagi Si Khalid Samad tu berkokok bila Si Saifuddin tu melompat macam katak dan masuk dalam PKR sedangkan tindakan itu disambut begitu baik dalam UMNO.

Rata - rata pemimpin dan juga ahli - ahli diperingkar akar umbi UMNO hanya sekadar mengucapkan rasa syukur bila Si Saifuddin tu akhirnya berani menunjukkan belang dia yang sebenar.

Selama hari ini, Si Saifuddin tu hanya setakat pandai menyorok dibelakang topeng 'Politik Baru' yang cuba dijaja untuk meraih sokongan murahan dikalangan rakyat. Itu pun tak berhasil.

Tapi, Si Khalid Samad tu tetap juga menganggap tindakan Si Saifuddin tu sebagai satu tindakan wajar dan mendakwa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO tu sebagai seorang yang bijak. (Klik Sini)
Heh! Bijak sangat la Si Saifuddin tu sampai dia boleh KALAH BESAR dalam Pilihan Raya Umum yang lepas kerana GAGAL menjaga pengundi - pengundi dikawasan kampung dia sendiri.

Kalau la Si Saifuddin tu seorang yang bijak, sudah pasti dia takkan kalah bertanding dalam pemilihan UMNO yang lalu sekaligus membuatkan dia merempat sehingga meroyan tak tentu arah.

Dek kerana Si Saifuddin tu terlalu bijak masa jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO la geng budak - budak Mahasewel tu boleh memperbodohkan dia secara terbuka didepan bangunan PWTC.

Mungkin itulah takrifan 'Bijak' yang cuba disampaikan oleh Si Khalid Samad tu. Kalau setakat bijak jadi Pengkhianat dan menyusahkan orang lain, apa kejadahnya! Memang patut sangat la dia masuk dalam PKR tu, boleh berkongsi kebijaksanaan dengan Si Rafizi tu!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping