Khamis, Oktober 15, 2015

Dalam dok sibuk juak - juak Pencacai Pakatan Haramjadah tu mendakwa Si Rafizi ni sebagai seorang 'Budak Genius', terbukti juga bahawa dia ni memang tak sebijak mana sangat pun.

Bijak Si Rafizi ni pun hanya sekadar nak menjahanamkan Negara dan memburukkan pihak Kerajaan. Itu je yang dia pandai. Mengkala nak membantu memajukan Negara, jangan harap la!!!

Kali ini, Si Rafizi tu cuba pulak nak tunjuk pandai apabila mencadangkan agar syarikat konsesi lebuhraya diberikan keutamaan dalam projek pembangunan Negara dimasa akan datang.

Kata Si Rafizi, cadangan tersebut dapat mengurangkan dan mengekang kenaikkan kadar tol. Tapi ternyata cadangan yang dibuat oleh Si Rafizi tu ditolak oleh Persatuan Syarikat Konsesi yang terlibat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, persatuan itu turut memaklumkan bahawa ada 31 syarikat lebuhraya bertol yang turut menjadi milik syarikat konsesi berbeza di Malaysia.

Maknanya, jika ikut cadangan yang dibuat oleh Si Rafizi, maka pihak Kerajaan perlu pulak menyediakan 31 'Projek Gantian' dengan nilai yang sama untuk ditukar dengan syarikat terbabit.
"Namun, sekiranya projek berkenaan tiada kaitan dengan kepakaran syarikat konsesi, contohnya pembangunan hospital, ini bermakna syarikat perlu membuat pelaburan baharu.


"Ini sudah pasti boleh menaikkan kos pembangunan hospital itu sendiri dan akhirnya boleh merugikan negara," kata PSKLM.
Tambah kenyataan itu lagi, sekiranya cadangan itu diterima, sudah pasti kaedah perlaksanaannya juga akan menjadi pertikaian dimasa akan datang dan memburukkan Kerajaan.
"Tidak ada sesiapa dapat memastikan siapa penentu kepada projek lebuh raya di masa akan datang. Sekiranya syarikat konsesi sedia ada dijamin mendapat projek akan datang, besar kemungkinan proses pemberiannya pula akan dipersoal," kata persatuan itu.
Dalam erti kata lainnya, jika cadangan Si Rafizi tu diterima, maka ianya akan menjadi jalan mudah untuk puak - puak Pakatan Haramjadah tu membuat dakwaan bahawa Kerajaan bagi projek kepada kroni dan menjahanamkan Negara. Itu je tujuan Si Rafizi tu sebenarnya!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. SETIDAK TIDAKNYE DIA TIDAK MENCURI DANA NEGARA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, siapa yang mencuri dana Negara? Boleh Tanpa Nama 7:33 PTG cerita sikit...

      Padam
  2. Kroni Madey atau Madey sendiri kot?

    BalasPadam
  3. maksud 733 tu ialah ... ambik sikit dana dari Khazanah untuk selamatkan syarikat anak yang nazak..
    ataupun bayaran tol yang terpaksa ditambah kerana kutipan tol sekarang ni bila dibahagi dengan kerajaan pusat .. kerajaan negeri dapat ciput jer ...

    BalasPadam
  4. Pyzee ni ada master in elek trik kel, chemical and. Businees . Dulu kat mckk kerja dia asik mengorek soalan bocor . Master in silapmata. Apa susah susah pz , bila master sudah bikin mesen free energy segala galanya akan jadi free. Tapi malaikat tak benarkan sebab pz banyak hutang mesti bayar. Harap ada la orang bijak paham .

    BalasPadam
  5. Papa tu apa tau lulusan sastera , dengan lidah dia mau bikin semua free last last makan free gulai rebung sungai.mama pakar mata, belajar susah susah akhirnya jadi presiden bendera mata satu. Anak belajar petronas keluar jadi ustazah pening. Piz ada master elektrikal last last jadi magicsian. Keluarga bijak jangan dijadikan contoh. Cuba terbalik kan ini 2.5 % harta anda hak orang lain.dalam 100 hanya 2.5 milik anda.bukan senang mau dapat nizar lilin.

    BalasPadam
  6. Lihat sahaja soalan Rafizi di bawah:

    Q1. Kebanyakan kementerian kena potongan yg cukup byk,kecuali Jab. Perdana Menteri (JPM) saja yg dpt kenaikan.

    Q2. Zaman Pak Lah JPM hanya dpt sekitar 8 bilion setahun zaman Najib meningkat RM20 bilion setahun.

    Q3. Daripada RM20 bilion tersebut berapa bilion dikategorikan sbgai perbelanjaan tanpa rekod

    Jawapan Q1, Q2 & Q3 :

    Jabatan Perdana Menteri berlainan dengan Pejabat Perdana Menteri.Pejabat Perdana Menteri (PMO) adalah pejabat rasmi kepada Perdana Menteri yang menguruskan urusan rasmi dan politik Perdana Menteri.Jabatan Perdana Menteri adalah sebuah badan induk kerajaan yang terdapat pelbagai jabatan,suruhanjaya dan agensi di bawahnya.Terdapat 8 buah suruhanjaya,5 agensi pusat dan 51 jabatan di bawah JPM antaranya adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),Jabatan Perkhidmatan Awam,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),Biro Tatanegara (BTN),Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia,Jabatan Perangkaan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN),Istana Negara,Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

    Jika diteliti senarai agensi,jabatan atau suruhanjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri,kebanyakan daripadanya tidak melibatkan sebarang aktiviti politik.Melihat kepada beberapa tragedi yang melanda negara setahun dua ini,pertambahan peruntukan sebanyak 7% daripada RM19 billion kepada RM20.3 billion adalah munasabah.Ini kerana terdapat agensi-agensi di bawah JPM ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi.Khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM,MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir.Peruntukan 3 kali ganda berbanding tahun 2008 untuk JPM tidak sepatutnya menjadi isu.Ini kerana terdapat beberapa agensi baru di bawah JPM yang tidak ada pada tahun 2008 (contoh: ESSCOM).Agensi-agensi ini ditubuhkan berdasarkan keperluan semasa dan terdapat juga tanggungjawab kementerian lain yang diserapkan kepada agensi-agensi JPM ini.Agensi-agensi sedia ada seperti APMM,JPAM dan SPRM juga turut diperbesarkan dan diberi peruntukan untuk memiliki aset baru.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping