Ahad, Oktober 25, 2015

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tampil menjelaskan mengapa beliau tidak bersama-sama dengan majoriti ahli parlimen pembangkang lain yang mempamerkan plakad 'Mana RM2.6bilion?' sebagai sindiran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2016, Jumaat lalu.

Ketua Pemuda PAS Pusat itu berkata, beliau tidak perlu menunjukkan kebersamaan seperti pihak lain kerana beliau tetap 'membantah dalam duduk'. 
"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana 2.6B?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet.
"Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya. Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat. Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," katanya dalam posting di laman Facebook. 
Beliau tampil menjelaskan perkara berkenaan selepas ramai pihak mempersoalkan mengapa beliau tidak turut sama berbuat demikian. 

Selain beliau, Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat hanya duduk tanpa bersama-sama bangun mempamerkan plakad berkenaan.

Pada Jumaat lalu, ahli parlimen pembangkang majoritinya terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah bangun mempamerkan plakad 'Mana RM2.6 bilion?' sebaik saja Najib selesai membentangkan Bajet 2016. 

Dilaporkan hanya dua ahli parlimen PAS yang turut sama berbuat demikian iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam Dewan Rakyat ketika bajet itu dibentangkan.

PS: Suka hati engkau la Labu! Pokok pangkalnya, orang nampak yang dia tak berdiri sewaktu orang lain bangun dan protes. Bagi la alasan macam mana sekali pun. Kalau dah Songeh tu, Songeh la jugak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tahniah kerana tak jadi pak turut

    BalasPadam
  2. TAHNIAH NIK ABDUH..X MENGIKUT TURUTAN KAPIR LAKHNAT...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping