Khamis, Oktober 29, 2015

Tuduhan Rafizi terhadap Kerajaan yang didakwa akan mengutip cukai GST tahun depan, dibidas anggota Parlimen Barisan Nasional yang menyifatkan anggota Parlimen Pandan itu sengaja memutar belit fakta untuk menghasut rakyat.

Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang tegas menolak dakwaan itu menyifatkan pengiraan Rafizi 'tidak logik' mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat 'orang biasa'.
"Bagi saya, orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
 "Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Nawawi berkata perkiraan Rafizi itu jelas tidak tepat kerana mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.
"Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan... tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100% daripada sumber gaji bulanan," katanya.
Rafizi sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.

Perkara itu turut disentuh Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang menyifatkan dakwaan Rafizi itu satu lagi penipuan dan perkiraan yang tidak waras.
"Ini lagi satu penipuan. Kalau seseorang belanja RM316 sehari bolehlah kerajaan kutip RM19 sehari, tapi adakah ini satu perkiraan yang waras?
"Rata-rata pendapatan golongan B40 tidak sampai RM3,000... maknanya ini satu lagi kaedah putar belit dan kenyataan menghasut rakyat," katanya yang membahaskan rang udang-undang sama.
Kesimpulannya, Si Rafizi ni adalah bukti sebenar perumpamaan "Belajar Tinggi - Tinggi Tapi Bodoh Bertingkat - Tingkat". Dia bukannya bijak sangat pun. Dia setakat Bijak Menipu dan Mengelirukan rakyat je. Bukannya dia reti buat kerja lain pun!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Rafizi telah dilatih supaya berbohong dan menipu oleh Bosnya KETUM.boleh dikatakan semua pemimpin PKR dan DAP adalah golongan pemutarbelit, penipu dan pemfitnah.Apabila Allah marah parti ini akan kecundang.

    BalasPadam
  2. Peezye kalau tak tau kira dan kepentingan pasal tax, elok jadi pemandu TAXSEE saje leeee. Pzy ada master elektrik buat ufo free energy la buat apa jadi wakil rakyat nanti kena kutip gst, rakyat marah.

    BalasPadam
  3. Dia ni reti guna calculator ke tidak ni... Bongok nak mampus... Takde topik duduk diam2 dah la....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping