Aduh! Memang MEMALUKAN sungguh bila jadi lelaki takut dengan pompuan. Takkan la dengan seorang pompuan pun dia nak ketar lutut kot sampai tahap menggigil satu badan dibuatnya?
Kalau sebelum ni, bukan main lagi dia berlagak tak tentu arah, mendabik dada macam dia seorang yang maksum dan membuat desakan terhadap orang lain. Sekarang, kenapa dia menggelupor?
Dengar kata, syarikat bermodal RM 2 ringgit yang menguruskan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) serta Dana Rakyat berjumlah RM 30 billion tu dah failkan saman terhadap Si Faekah.
Notis saman tu dihantar kepada Bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim bagi mewakili Menteri Besar Incorperated (MBI), DEIG, dan Ketua Pegawai DEIG, Soffian Affendi Aminuddin.
Dari apa yang dilaporkan, tindakan mereka memfailkan notis saman tersebut dibuat susulan artikel yang disiarkan oleh News Straits Times bertajuk, "Why No State Officials In DEIG".
Katanya, artikel tersebut hanya sekadar fitnah yang bertujuan untuk merosakkan nama baik dan reputasi mereka yang berkaitan. Maka sebab itulah tindakan memfailkan saman itu dilakukan.
Tapi dengan selamba je Si Faekah tu mendakwa bahawa tindakan memfailkan saman itu merupakan satu langkah yang dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu supaya dia menutup mulut.
“Sebelum ini, Selangor mengamalkan dan memperjuangan kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat. Nampaknya zaman Menteri Besar sekarang ia telah tercemar.
“Saya hanya mahukan Azmin memberi jawapan jelas dan tepat berkenaan isu DEIG kerana ia telah dibangkitkan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
“Tindakan mengugut dan saman tidak akan dapat menutup hak rakyat daripada mengetahui perkara sebenar apatah lagi DEIG telah diberikan amanah untuk mengurus aset Selangor berjumlah RM30 bilion,” katanya.
Nah! Sekarang nampak sangat la yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu pun dah terdesak dan mula ketar lutut sampai terpaksa ambik tindakan sedemikian. Ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu dah mula Takut pada Bayang - Bayang dia sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.