Pagi ini telah berlangsung satu sidang media khas yang dikendalikan oleh Bekas Perdana Menter, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Katanya sidang media itu adalah bagi menyatakan bantahan terhadap penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Hassan yang menyerang Najib Razak bersabit isu 1MDB.
Apa yang agak istimewa sidang media Mahathir itu turut disertai sama oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal yang dipecat jawatan kabinet baru-baru ini.
Ia tambah menarik lagi apabila ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razleigh Hamzah juga ikut serta dalam sidang akhbar itu bersama bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid dan juga bekas persiden MCA Ong Tee Keat juga hadir.
Walaupun sidang akhbar itu dibuat untuk menyatakan bantahan ke atas penahanana Khairuddin dan peguamnya Mathias Chang dibawa SOSMA, tetapi ia membawa maksud lebih jauh dari itu.
Sudah pasti "sidang media" itu sedikit sebanyak akan mencemaskan pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri dan menyebabkan PM perlu bertindak pantas.
Persoalannya sekarang, adakah sidang media yang diketuai oleh Tun itu akan menjadi petanda bermulanya serangan terakhir Mahathir kepada Najib yang masih utuh di kerusinya kini?
Dan apa yang lebih memeranjatkan, belum pernah lagi sebelum ini Tengku Razaleigh sedia mencemarkan duli menghadiri diri dalam mana-mana sidang akhbar Mahathir yang ada motif politik.
Apakah sidang akhbar itu dibuat sebelum satu perbincangan khas diadakan oleh kumpulan penentang Najib itu bagi membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam parlimen kelak? Itu kita tunggu la perkembangan selanjutnya!!!
Terdesaknyerrrr.....
BalasPadamTak sangka begitu sekali mrk nak menyalak...
Dulu ISA dia pergunakan demi kelangsungan politik dan kuasa....skrg mamat bangkrap jadi kaya yg jadi anjeng mrk selama ini ditahan krn JELAS cuba mggulingkan kerajaan tanpa asas yg kukuh cuba nak dilepaskan...
HEBAT SUNGGUH kuasa dia nak mencatur politik negara wlpun kudrat dh dihujung masa....
AMAT MEMALUKAN!!!!!!!
MELAYU PELUPA!!!!!!
BERKUASA UTK MEMEWAHKAN ANAK DAN KRONI!!!!!!
Cina lagi byk lupa. Hidup cukup senang d msia. Nak berniaga ikut suka mcm negara bapak dorang. Tu sbb hgga jadi begini sbb BN pon byk leka. Leka lama2 tolongkop..otw.
PadamCina lagi byk lupa. Hidup cukup senang d msia. Nak berniaga ikut suka mcm negara bapak dorang. Tu sbb hgga jadi begini sbb BN pon byk leka. Leka lama2 tolongkop..otw.
PadamKalau Pak Sheikh ada, sure dia turun sekali ni, kasi moral support.
BalasPadamMansuh ISA ganti dengan SOSMA. Dulu zaman Tun mereka yg x sehaluan masuk tahanan bawah ISA.
BalasPadamEluklah kerajaan ambil tindakan awal terhadap Khairudin dan Mathias kerana tindakannya yg cuba meminta campur tangan asing. Kalau dah kena serang penjajah, baru nak ambil tindakan, dah terlambatlah jawabnya.
Dengar khabar Tun Tak sihat, demam dan sakit dada... Tup..tup...terpaksa/ dipaksa
BalasPadamtinggalkan katil untuk membuat sidang akhbar. Baik-baik Tun, nanti tumbang kerana terlalu stressed. Alahai Mak Iti, nasihatlah hubby tu sikit.... Hari dah senja, bawalah berehat... Hal duniawi ni tak usahlah nak dibawa ke akhir hayat..... Kesian Tun.
Nenek Kampung
Benarlah sangat.
PadamDibawah najib sekarang, melaporkan perbuatan jenayah adalah melakukan kesalahan jenayah....
BalasPadamTun akan membuat dengan lebih zalim lagi kalau kedudukan di terbalikkan.Jika tun berada di tempat Najib dan Najib di tempat Tun,maka kezaliman tahap gaban mungkin berlaku.Sebab gelaran Maha Firaun di beri kepada Tun semasa zaman beliau.
BalasPadamBerbalik kepada 2 okt,orang kena tuduh iaitu Mathias dan Khairuddin.Mereka ada peluang membela diri di Mahkamah.Jadi,keadilan akan di tentukan di Mahkamah.Sometimes you win and sometimes you loose.Kerajaan pun pernah kalah dan sebaliknya.Jadi,gunakanlah kesempatan di mahkamah nanti.Tun kaya dengan ramai proksi proksi yang boleh membayar fee kepada peguam peguam ternama.Ananda K,TSri Yeoh,TS Ting,Syed M,Vincent Tan dan banyak lagi tiada hal dalam membayar apa apa yuran guaman cuma Tun petik jari sahaja.
Laapor jenayah tak boleh bagi bukti merupakan bapak kepada segala jenayah.
BalasPadamTuduh jenayah tanpa bukti kukuh adalah bapa segala jenayah.
BalasPadam