Isnin, Disember 14, 2015

Haduyai!!! Memang dah takde kerja lain yang lebih berfaedah ke untuk diorang ni buat daripada sibuk nak selak kain orang ni? Tak boleh ke diorang hanya sekadar menjaga kain diorang sendiri?

Yang herannya, kenapa pulak ramai sangat pihak yang sibuk nak buat 'Pemantauan' apabila Presiden UMNO mengumumkan secara terbuka untuk menghulurkan tangan silaturahim dengan PAS?

Persoalan itu mula timbul apabila ada beberapa pihak sebelum ini mula membangkitkan mengenai perkara itu dan membuat kenyataan kononnya mereka akan membuat 'Pemantauan'.

Apa benda yang diorang nak pantau? Adakah ianya salah sekiranya dua parti yang didominasikan oleh orang Melayu bergabung dan menjalinkan kerjasama Politik demi masa depan bangsa?

Kalau dilihat kepada realiti masyarakat di Malaysia pada ketika ini, semakin hari semakin huru hara dan bercelaru akibat pelbagai kekeliruaan yang ditimbulkan oleh pihak - pihak tertentu.

Rasanya, tak perlu ada pihak yang nak jadi 'Pemantau' sekiranya perkara itu benar - benar berlaku. Melainkan mereka sendiri rasa 'tergugat' dan terancam dengan wujudnya kerjasama tersebut.

Tapi, jika difikirkan secara logik akal, buat apa pulak diorang nak rasa tergugat sekiranya mereka yakin bahawa mereka masih boleh mendapatkan sokongan sepenuhnya dari kalangan rakyat?

Jadi, apabila ada pihak kata diorang nak buat pemantauan terhadap kerjasama Politik yang dicadangkan oleh Presiden UMNO dan disambut secara berkias oleh Presiden PAS, sudah pasti ianya menimbulkan spekulasi.

Apa yang jelas, mereka yang rasa tergugat dengan kerjasama tersebut sudah pasti dari kalangan yang tidak boleh menerima semangat bersatu padu yang ingin diwujudkan dikalangan orang Melayu.

Mereka ini jenis manusia yang lebih suka orang Melayu tu berpecah belah dan bersengketa sesama sendiri agar lebih mudah untuk mereka ambik kesempatan. Itu sebab diorang nak buat pemantauan.

Nak pulak jika mereka dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri. Maka tak heran la jika mereka nak buat 'Pemantauan' sekiranya kerjasama Politik diantara PAS dan UMNO tu wujud.

Tambahan pulak jika dikalangan puak - puak PKR kerana jika mereka berdiri sendiri, parti itu tidak akan kekal lama. Sebaliknya, PKR perlu bergantung kepada PAS untuk kekal relevan.

Dan tak heran sekiranya puak - puak ini akan menggunakan apa cara sekali pun, "At All Cost" untuk memastikan kerjasama Politik diantara dua parti Melayu itu tidak menjadi kenyataan.

Semuanya hanya semata - mata untuk menjaga dan memenuhi agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang nak buat 'Pemantauan' demi kesejahteraan rakyat.

Kesimpulan mudahnya, pihak yang kata diorang nak buat 'Pemantauan' tu sebenarnya dah mula 'Kecut Buah Kerandut' bila dengar cerita orang Melayu nak bersatu. Kalau boleh, diorang nak biarkan orang Melayu ni berpecah belah dan beramuk sesama sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping