Heh! Parti mana la gamaknya yang sanggup nak menyertai gabungan diantara PAS dan PKR ni ek. Hilang akal ke diorang nak sertai gabungan dua parti yang berkuasa rapuh di Selangor tu?
Sehingga hari ini, gabungan diantara PAS dan PKR tu dilihat hanya ibarat 'Kerakap Atas Batu' semata - mata. Diorang hidup pun hanya ibarat 'Nyawa - Nyawa Ikan' je sebenarnya.
Realitinya, gabungan PKR dan PAS tu masih lagi dilihat rapuh apabila kepimpinan PKR secara keseluruhannya tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh PAS secara terbuka.
Hanya tinggal Si Azmin tu sahaja yang masih lagi tergapai - gapai nak memegang mana - mana akar yang ada untuk dia kekal pada kedudukan dia sebagai Menteri Besar pada ketika ini.
Wayang yang dimainkan oleh Si Azmin dengan PAS memang nampak ketara apabila kepimpinan parti PKR sendiri pun seringkali mengeluarkan kritikan secara terbuka terhadap PAS.
Jadi, tak salah jika kita kata kewujudan parti yang nak menyertai gabungan diantara PKR dan PAS tu hanya sekadar untuk mengejar kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri kalau tidak mereka hanya sekadar mahu 'Membunuh Diri Sendiri'!!!
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tidak menafikan wujud parti-parti politik yang berminat untuk menyertai gabungan mereka iaitu antara Pas dan PKR.
Enggan mengulas lanjut, Nik Abduh bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
"Memang saya tidak nafikan. Ada parti yang berminat dengan gabungan kami. Itu masih dalam perbincangan dan ia adalah antara perkara baharu yang kami buat dalam parti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat di sini, hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan kemungkinan ada parti lain yang sedang dalam proses perbincangan untuk menyertai gabungan dua parti itu.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, apa yang penting adalah rakyat turut bersama-sama dengan Pas dan PKR dalam perjuangan mereka.
"Yang penting adalah rakyat bersama kami. Keutamaan kami adalah penyelesaian isu-isu semasa dan negara," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.