Jumaat, Disember 18, 2015

Huh! Nampak gayanya, amalan yang tidak beretika dikalangan pengguna dilaman media sosial yang suka menyebarkan berita - berita palsu ni semakin berleluasa dan turut mengecewakan.

Dek kerana sesak sangat masing - masing nak digelar  'Keyboard Warrior' dan menjadi orang pertama yang menyampaikan maklumat sehingga sensitiviti dikalangan rakyat pun diabaikan.

Punya la kemaruk sangat mereka yang tak bertanggungjawab ni sampai tahap berita yang tak betul pun diorang nak jaja sehingga mampu menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Jadi, tak heran la kenapa anak kepada Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin mengamuk apabila ada pihak yang tidak bertanggungajawab ini menyebarkan berita palsu berhubung bapanya semalam.

Hang Jebat berkata, mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenyataan kerana kesan terhadap penyebaran berita berkenaan sangat besar terhadap mereka sekeluarga.
"Ini sudah kali ketiga perkara saya berlaku dan saya tidak faham mengapa ada pihak sanggup menyebarkan berita palsu sedemikian walaupun keadaan ayah baik-baik sahaja. Hal berkaitan kematian tidak seharusnya dipersendakan sebegitu.
"Pada saya pihak yang menyebarkan berita tersebut sengaja berbuat demikian untuk kepentingan diri sendiri tetapi kesannya sangat besar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Hang Jebat, pengguna dilaman media sosial juga harus lebih bijak berfikir sebelum menyebarkan sebarang maklumat yang dibaca dan mengetahui kesahihan serta sumber berita tersebut.

Akibat daripada penyebaran berita palsu itu, dia tidak putus-putus menerima panggilan yang bertanyakan tentang hal tersebut sejak 8 pagi semalam sehingga membuatkan ibunya Puan Sri Halijah Abdullah sedih dan tertekan.

Dalam perkembangan sama, Hang Jebat juga turut berkata, kesihatan ayahnya masih dalam keadaan baik biarpun ingatannya semakin merosot akibat penyakit Alzheimer yang dialami sejak 2011.

Apa yang jelas, tindakan menyebarkan berita palsu sedemikian memang tidak sewajarnya dilakukan oleh mana - mana pihak. Jangan la diikutkan sangat perangai Haramjadah puak - puak Pakatan Haprak tu. Cukup la diorang je yang Keliru dalam Kekeliruan mereka sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping