Kadang - kadang peribahasa orang dulu - dulu ni, ramai yang dah lupa. Walaupun yang lupa tu dari kalangan orang Melayu sendiri. Maklum la, orang Melayu la katakan. Memang macam tu la perangainya.
Kalau kita tengok dalam keadaan senario Politik hari ni pun, memang ramai yang jadi macam 'Sudu Lebih Dari Kuah'. Orang diatas tu takde masalah apa sangat pun. Tapi yang dibawah pulak yang lebih - lebih.
Yang diatas sanggup berjiwa besar. Tapi orang dibawah ni pulak sibuk dok buat dakwaan itu dan ini sehingga menyebabkan orang diatas tu pulak yang didapati bersalah dan serba tak kena.
Semuanya kerana yang berada dibawah tu nak tunjuk yang diorang buat kerja, diorang pandai jaga bos dan nak tunjuk kat bos yang diorang ada 'back-up' bos dari diserang orang luar.
Tapi hakikatnya semua orang pun tau. Itu semua hanya sekadar mainan Politik semata - mata untuk menjaga kepentingan agenda sulit mereka sendiri. Bukannya sebab nak tolong bos.
Tinggal lagi, bos pulak jenis yang percaya je apa yang orang bawah tu cakap pada dia tanpa membuat semakan sama ada apa yang dibuat tu betul atau pun tidak. Bos pulak jenis main ikut je.
Maka sekiranya perkara ini berterusan, tak heran la jika selepas Perhimpunan Agung ni masalah yang sama tetap akan melanda UMNO dimasa akan datang kerana kewujudan orang bawah seperti ini.
Mungkin bagi pandangan diorang, apa yang diorang buat tu semuanya membantu bos. Walhal realitinya, apa yang diorang buat tu sebenarnya hanya merosakkan nama baik bos.
Tapi, jangan pelik pulak kalau itu yang cuba dilakukan orang dibawah tu. Kadang - kadang, memang dia saja je buat macam tu untuk menjatuhkan bos sendiri. Sebab mungkin dia ingat, kalau bos jatuh, dia yang berada dibawah tu pulak boleh naik ke atas dan jadi bos!!!
Macam mana manusia boleh buat tak tahu bila 2.6 billion masuk kocek. Biasanya orang yang dapat share saja yang dok buat tak kesah.
BalasPadam