Heh! Nampak gayanya, Si Nurul Izzah tu dah ketandusan idea bila isu mengenai tindakan sumbang dia sebelum ini masih belum reda lagi diperkatakan oleh rakyat diseluruh peringkat.
Maka sebab itulah Si Nurul Izzah tu terpaksa mengitar semula isu lama berkaitan dengan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Tabung Haji Holding (TH) sebelum ini.
Walhal sebelum ini pun, pelbagai penjelasan sudah pun dibuat oleh pihak yang terbabit mengenai pembelian tanah tersebut. Maka sebab itu isu mengenai pembelian tanah tersebut tidak timbul.
Hakikatnya, rata - rata orang ramai menyokong pembelian tanah tersebut oleh pihak Tabung Haji, bukan sahaja kerana ianya menguntungkan. Malah ianya kekal milik Bumiputera.
Dan semua orang pun tau, Tabung Haji beli tanah TRX tu pun bukan dengan menggunakan dana simpanan pencarum. Sebaliknya mereka menggunakan duit dari anak syarikat yang menguruskan hartanah.
Sebaliknya, yang dok jaja cerita pasal Tabung Haji guna duit pencarum tu hanya puak - puak Pakatan Haprak tu saja demi untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan prasangka buruk terhadap Tabung Haji.
Rakyat secara umumnya menyedari tindakan puak - puak Pakatan Haprak tu mempertikaikan pembelian tersebut hanya sekadar propaganda murahan dikalangan mereka sahaja.
Kalau Tabung Haji beli, diorang pertikai. Kalau syarikat dari luar Negara beli pun, diorang pertikaikan juga. Itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu hanya nak main Politik je.
Pokok pangkalnya, tak payah la Si Nurul Izzah tu nak cari isu lain hanya semata - mata nak melarikan diri dari kontroversi hangat yang sedang menyelubungi diri dia sendiri pada ketika ini.
Kesimpulan mudahnya, tindakan Si Nurul Izzah tu mempertikaikan para perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung kali ini hanya sekadar taktik untuk menutup kisah dia bertemu dengan anak Kiram demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.