Rabu, Disember 16, 2015

Itu je yang sebenarnya berlaku kepada Si Nik Nazmi ni. Dia sebenarnya dah ketandusan idea sebagai seorang pemimpin. Karisma dan kredibiliti dia sendiri pun sering kali dipertikaikan.

Hakikatnya, bukan kali pertama kemampuan Si Nik Nazmi tu menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat. Malah dah banyak kali dah ianya diulang - ulang oleh kepimpinan PKR sendiri.

Realitinya, kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Nazmi tu sebelum ini hanya setakat membuka pekung didadanya sendiri. Membuatkan dia hanya sekadar membodohkan diri dia sendiri dikhalayak ramai.

Sampai tahap, ahli PKR sendiri pun tak hormat pada dia selaku seorang pemimpin sayap kepada parti tu. Kewujudan Si Nik Nazmi tu hanya ibarat 'Tempelan' semata - mata bagi mereka.

Si Nik Nazmi tu ibarat, "Ada pun tak membantu, Takde pun lagi baik" bagi puak - puak PKR tu sendiri. Dia pegang jawatan pun, satu hapah kerja pun dia tak buat untuk bantu orang muda.

Maka ianya sudah jelas bahawa Si Nik Nazmi tu sendiri GAGAL untuk membawa perpaduan dikalangan ahli - ahli PKR. Inikan pulak dia mampu nak bawa perpaduan dikalangan orang Melayu.

Kalau Si Nik Nazmi tu rasa dia lebih bagus dari orang lain, maka sepatutnya dia buktikan kemampuan dia pada ketika ini. Bukan hanya setakat tau nak mempertikaikan orang lain tak tentu arah.

Cuba Si Nik Nazmi tu satukan dulu puak - puak PKR yang masih bertelagah tu agar menjadi satu parti yang benar - benar relevan dan bukan sekadar bergantung harap kepada orang lain semata - mata.

Jadikan PKR tu sebagai sebuah parti yang mampu menjadi sandaran rakyat dan bukan setakat jadi sebuah parti yang memperjuangkan keadilan atau kebebasan seorang Peliwat semata - mata. Kalau itu pun dia tak mampu buat, baik tak payah banyak cakap!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping