Jika dilihat dari satu sudut, memang betul apa yang diluahkan oleh Si Nurul Izzah ni. Memang dia buat kenyataan menyerang Pengerusi NFCorp tu bukan sebab nak menjaga kepentingan Politik.
Tapi, adakah Si Nurul Izzah tu anggap rakyat Malaysia ni sebodoh itu untuk mempercayai apa yang telah diluahkan? Adakah Si Nurul Izzah tu ingat rakyat Malaysia ni macam Macai Pakatan?
Walaupun kenyataan itu dibuat dalam mahkamah, tetapi dia tidak menjelaskan hakikat yang sebenar. Sebaliknya Si Nurul Izzah tu kata, dia buat dakwaan tu sebab nak jaga kepentingan rakyat.
Ketika ditanya oleh peguamnya, Joshua Kevin, Nurul Izzah berkata beliau tiada sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah dakwaan palsu.
Katanya, beliau tidak menyerang Dr Mohamad Salleh dan NFCorp untuk kepentingan politik kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Nurul Izzah berkata beliau hanya seorang daripada beberapa ahli politik yang menyatakan kebimbangan terhadap isu tersebut sambil menambah Ketua Audit Negara telah membangkitkan isu berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan. lapor MStar
Realitinya semua orang tau. Serangan yang itu dibuat sebab Pengerusi NFCorp tu adalah suami kepadaKetua Wanita UMNO, calon Barisan Nasional yang pernah bertanding di Lembah Pantai.
Maka dalam erti kata mudahnya, tujuan Si Nurul Izzah tu membuat serangan adalah untuk memberikan kelebihan Politik sekiranya Ketua Wanita UMNO tu tetap bertanding dikawasan dia.
Dan sekiranya perkara itu berlaku, maka lebih mudah la untuk Si Nurul Izzah tu berkempen dengan menjadikan isu itu sebagai bahan jajaan bagi dia meraih sokongan Simpati Murahan.
Tapi malangnya, hajat Si Nurul Izzah tu tak kesampaian apabila calon BN dalam PRU ke 13 yang lalu digantikan dengan orang lain. Maka, terpakasa la Si Nurul Izzah tu mencari isu lain untuk dijadikan bahan FITNAH sehingga menyebabkan dia KANTOI!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.