Pelikkan? Kalau malam kelmarin, gambar ketidak-hadiran Timbalan Presiden ke sesi Taklimat Presiden menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh pengguna didalam laman media sosial.
Kemudian, sebelah petang semalam selepas hujan lebat, kelibat Timbalan Presiden tu hadir sewaktu persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri pulak menjadi kecoh dilaman media sosial.
Jadi kali ni, kenapa gambar Timbalan Presiden hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam semalam takde pulak sesiapa yang nak hebahkan dan berikan komen masing - masing?
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam ini.
Najib yang juga Perdana Menteri, tiba pada 8.22 malam, diikuti Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dua minit selepas itu, dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira lima minit kemudian.
Anggota MT yang lain termasuk dua lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiba lebih awal.
Secara tradisinya, mesyuarat MT itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata mesyuarat kali ini akan membincangkan persiapan akhir Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Ada orang kata, ketidak-hadiran Timbalan Presiden dan kemunculan dia petang semalam tu semuanya hanya sekadar "Wayang" semata - mata bila dia hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi.
Tapi, itu bukan hak kita untuk menilaiknya. Sebaliknya, persepsi seperti itu tidak akan memberi sebarang faedah atau manfaat kepada UMNO atau pun orang Melayu di Malaysia ni.
Tinggal lagi, masih ada segelintir penyokong UMNO ni mudah sangat terpesong dari agenda asal Perhimpunan Agung tu sendiri yang selama ini menjadi medan memartabatkan orang Melayu.
Pentas UMNO sepatutnya menjadi wadah untuk wakil dari kalangan akar umbi meluahkan pandangan dan memberi cadangan ke arah penambah-baikkan parti serta menjaga kebajikan orang Melayu. Bukannya setakat nak bagi tumpuan kepada individu tertentu je!!!
Apa-apa pun kalau dah tak setuju dengan orang no. 1 berrehatlah.....
BalasPadamFirman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
BalasPadamSabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.