Isnin, Disember 14, 2015

Sepatutnya, yang berduet menyanyi lagu "Awak Kat Mana" dengan Siti Nordiana semalam bukannya Achong. Tapi Si Azmin Ali ni. Sebab asal banjir je, dia mula menghilangkan diri.

Kalau sebelum ini dia bagi jaminan untuk tidak menaikkan tarif air yang akan membebankan rakyat. Tapi, bagaimana pulak dengan jaminan untuk menyelesaikan masalah banjir ni?

Kali ni bukan setakat satu dua kawasan je yang kena. Tapi LAPAN kawasan sehingga menjejaskan rakyat yang tinggal dikawasan tersebut. Takkan itu pun Si Azmin ni masih nak buat - buat tak tau pulak!!! Apa gunanya dia bagi jaminan kalau itu pun dia tak mampu buat!!!
KUALA LUMPUR, 13 Disember - Lapan kawasan di Selangor mengalami banjir kilat, akibat hujan lebat pada petang tadi, menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul. 
Lapan kawasan yang terjejas adalah Taman Bukit Kemuning, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh, Jalan Kapar, Kampung Bukit Cherakah, Kampung Chinchang, Jambatan Jalan Resak dan Jalan Merbau, Kampung Sri Aman Puchong dan Kampung Tengah. 
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan banjir itu daripada orang awam pada mulai jam 4 petang hingga 6 petang tadi. 
“Terdapat tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Chinchang akibat kenaikan paras air yang berada di tahap 0.9 meter pada 5 petang tadi melibatkan 15 keluarga lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 
Sementara itu, seramai lima mangsa di Kampung Kubu Gajah dan empat mangsa di Kampung Bukit Cherakah dibawa ke tempat selamat, sementara menunggu air setinggi paras pinggang di kawasan terbabit, surut. 
Mohd Sani berkata, kenaikan paras air Sungai Damansara dan Sungai Rasau di tahap tinggi, namun masih tiada pemindahan dilakukan setakat ini. 
Katanya, paras air Sungai Klang pula masih normal, iaitu pada 300 hingga 500 milimeter. Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan kerja pemindahan mangsa dan mengawasi kawasan terjejas.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping