Ahli PKR seumur hidup yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa memiliki dokumen projek bernilai lebih RM16 juta tanpa tender di Selangor.
Bekas Ketua PKR Cabang Rembau itu juga mendakwa memiliki dokumen bagi projek menaik taraf Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dianggarkan bernilai RM10 juta hanya untuk kerja-kerja mengecat.
Katanya, dia sedang mengemas kini peringkat akhir semua dokumen itu dan akan mendedahkan semua bukti pada Rabu ini. Dan persoalannya kini tertumpu kepada Menteri Besar Selangor.
“InsyaAllah Isnin akan finalise dokumen “projek” nilai lebih RM16j tanpa tender.. isu pintu gerbang dekat RM10j hanya untuk cat (face lift)..
“Kalau semua dokumen diperolehi dan dapt disahkan Rabu ini akan dedah bukti semua,” tulisnya di Facebook.
Chegubard berkata, majoriti rakyat menyampah dengan Barisan Nasional tetapi terdapat dua kategori pemimpin yang cuba mengagalkan misi pembangkang untuk menang pilihan raya akan datang.
Dalam status yang sama juga, Chegubard mengulangi dakwaan bahawa Azmin Ali menyokong Istana Selangor menarik balik gelaran Datuk Seri yang telah diberikan kepada Si Ketua Penipu tu.
Persoalannya, dimana Si Azmin Ali tu nak menyorok dari dakwaan yang dibuat? Adakah dia hanya akan terus berdiam diri dan berpeluk tubuh? Atau, berani tak dia nak ambik tindakan terhadap Si Chegubard ni? Kalau setakat berani cakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.