Sabtu, Disember 12, 2015

Maka dengan ucapan penggulungan yang dibuat oleh YAB Presiden parti tadi, bermakna tamat sudah Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Tapi persoalannya, adakah semua masalah selesai beitu sahaja?

Tercapaikan harapan ahli diperingkat akar umbi untuk melihat UMNO kembali bersatu dan mampu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada parti itu didalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Akan kembalikah sokongan mereka dikalangan individu - individu yang sebelum ini lantang mempertikaikan pelbagai dakwaan serta tuduhan itu secara terbuka kepada kepimpinan UMNO?

Sudah pasti, itu diantara persoalan yang diluahkan bukan sahaja oleh para perwakilan UMNO. Tetapi ianya juga dikalangan ahli - ahli serta rakyat diperingkat akar umbi secara keseluruhannya.

Walaupun hari ini Presiden kata, dia memilih jalan untuk 'Berjiwa Besar' dan mengajak semua ahli serta pucuk pimpinan bersatu serta berdamai, tapi adakah pihak yang lagi satu tu bersedia?
"Saya buka pintu dan jendela hati hulur silaturahim kepada semua untuk kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan Umno," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh.
Mampukah ucapan itu sampai ke lubuk hati mereka yang sebelum ini dilihat sanggup membelakangi parti dan mempertikaikan pelbagai isu demi untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri?

Pokok pangkalnya, survival UMNO itu bukan hanya sekadar bergantung kepada seorang individu sahaja. Sebaliknya, ianya bergantung sama ada UMNO mampu untuk terus kekal relevan atau pun tidak.

Maka kesimpulan mudahnya, kelansungan UMNO ni bukan bergantung kepada meraih sokongan Simpati Murahan seperti yang didambakan oleh pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sehingga sanggup bersekongkol dengan musuh Negara!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Walaupun mereka bersatu, adakah mereka pasti akan memenangi hati pengundi semasa PRU14 jika Najib masih ditahta..

    BalasPadam
  2. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 1 : (Diam)

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

    Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
    Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

    Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.

    BalasPadam
  3. bukan senang luahkan brjiwa besar di kalayak m.sia.najib bole lah sebagai pemenang!tapi aq beri kredit kerna sepatutnya; selepas di hujani pelbagai peluru maut - najib wajar tetap berdiri begitu.yang masih malu2 @nak pakai
    jiwa kecil taklah mustahil di srena politik.kan.
    begitu lah berakhir sebuah perhimpunan demi orang malaysia leh orang2 melayu he he akan demoga diberkati.amin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping