Heh! Pelik kan? Kenapa Si Menteri Besar Selangor ni tak ambik tindakan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard tu berkaitan dengan beberapa isu sensitif berhubung pentadbirannya?
Jika sebelum ini, Si Chagubard tu mendedahkan mengenai projek yang bernilai hampir RM 16 juta telah diluluskan dibawah Rejim pentadbiran Si Menteri Besar Selangor tu tanpa sebarang tender.
Malah Si Chagubard tu juga sebelum ini turut membuat dakwaan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu membelanjakan Dana Rakyat yang bernilai puluhan juta hanya untuk membaiki 'Pintu Gerbang'.
Selain itu, Si Chagubard dalam satu pendedahan yang dibuat sebelum ini turut mendakwa Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu telah meluluskan projek balak berjumlah RM 45 juta.
Tapi, dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu semalam, dia hanya setakat 'Menafikan' dakwaan yang telah dilemparkan oleh Si Chagubard tu tanpa sebarang tindakan undang - undang.
Soalnya, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu tak saman je Si Chagubard tu jika benar dakwaan yang dibuatnya hanya sekadar tuduhan kosong semata - mata? Kenapa dia tak heret Si Chagubard tu ke mahkamah?
Sebaliknya, dari apa yang didedahkan, Si Menteri Besar Selangor tu katanya cuba mendapatkan 'Bantuan Sokongan' dari Si Peliwat yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.
Dari apa yang didedahkan, pejabat Si Menteri Besar Selangor tu ada mengeluarkan 'Notis Bantuan' bagi mendapatkan khidmat Si Ketua Penipu tu agar dapat menutup mulut Si Chagubard.
Persoalannya, adakah tindakan Si Menteri Besar Selangor tu mengeluarkan notis bantuan sokongan tersebut akan memberikan sebarang kesan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard?
Adakah budaya Politik 'Ugut dan Sentap', 'Beli dan Senyap' yang selama ini menjadi amalan dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu mampu untuk menutup pendedahan yang dibuat?
Kalau kita lihat dari satu sudut, penafian yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu hanya membuktikan bahawa dia benar - benar seorang Menteri Besar Cap Ayam sebab TAKUT nak ambik tindakan yang sewajarnya. Setakat bercakap, suruh budak sekolah tadika pun boleh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.