Isnin, Januari 11, 2016

Itu persoalan yang sewajarnya menjadi tanda tanya kerana rata - rata sentimen yang disebarkan menyebut sedemikian rupa. Adakah pihak Istana sahaja yang terlibat dalam isu bauksit ni?

Kalau kita baca artikel yang disiarkan diruangan kolum "Awang Selamat" semalam, jelas spekulasi berkaitan dengan penglibatan Istana itu yang menjadi persoalan utama dalam isu bauksit ni.

IRONIKnya, jika pihak Istana terlibat, kenapa pulak sejak kebelakangan ini, Tengku Puan Pahang dilihat lantang bersuara membantah isu berkaitan dengan perlombongan Bauksit ni?

Bagaimana pula dengan isu pemilik tanah persendirian yang memajak tanah mereka untuk mendapat habuan yang lumayan? Takkan isu itu kita nak 'Tutup Sebelah Mata' dan buat - buat tak tau?

Jika dilihat dari sumber yang telah didedahkan sejak akhir - akhir ini, kewujudan pemilik tanah persendirian yang memajak tanah kepada pengusaha bauksit Haram memang cukup ramai.

Tapi kenapa tidak ada pendedahan dibuat mengenai penglibatan pemilik - pemilik tanah persendirian ini? Kenapa hanya isu berkaitan dengan pihak Istana itu juga yang menjadi tajuk utama?

Dari maklumat yang diterima, tak kurang dari 30 orang pemilik tanah persendirian terlibat dalam aktiviti perlombongan bauksit ini dengan keluasan yang dianggarkan seluas 10 ekar seorang. 

Rata - rata, mereka yang mengambil tindakan sedemikian mendapat habuan diantara RM 300 ribu hingga RM 500 ribu seorang, bergantung kepada keluasan tanah yang telah dipajak.

Itu pun tak termasuk peneroka - peneroka Felda yang telah memajakkan tanah mereka bagi mendapatkan habuan seperti mana yang didedahkan oleh salah seorang Peneroka semalam. (Klik Sini)

Kebanyakkan dari mereka memajak tanah kepada orang tengah untuk dijual kepada pengusaha Haram. Dan yang lebih memeranjatkan, ada pemilik tanah persendirian ni yang usahakan sendiri!!!

Sampai tahap ada yang sanggup buat pinjaman bank dan habiskan duit simpanan peribadi bagi tujuan tersebut. Modus operandi mereka ialah dengan menyalah-guna permit untuk memindahkan tanah.

Apa yang pasti, kalau kita nak main 'Blaming Game' ni, bukan semua benda kita tunding hanya ke arah satu pihak sedangkan ramai lagi orang lain yang Tamak Haloba. Tapi yang tu takde sapa pulak nak pertikai. Sebaliknya, masing - masing buat -  buat tak nampak pulak!!!

Categories:

2 ulasan:

  1. Sebenarnya kalau saya jadi Denan,saya dah letak jawatan,malu kerana gagal mengurus negeri.macam mana Denan gagal mengesan bahawa kerajaan negeri kehilangan hasil berratus juta dari sumber bauksit ini.patut hasil 200 juta hanya dapat 40 juta.Dalam mesyuarat exco Denan tak pernah tanyakan PTG,berapa banyak bauksit keluar dan berapa banyak cukai yg di kutip.Nak jadi MB kena kepala bijak macam CEO syarikat juga .,bukan hanya pandai cakap secara berutal.Bila orang tanya,Denan tahu tibai je bukan nak jawab secara betul dan ikhlas.Akhrnya terserlah keggalan dan kebodohan Dennan dalam mengurus negeri.Tipu dek perlombong haram bauksigt je.Ini semua aktiviti depan mata Denan tak nampak.apa punya MB.Rakya Pahang dah rugi ratusan juta ,ini adalah facts and figures,Denan sendiri perlu di soalsiasat kerana gagal mengurus negeri.

    Sebagai anak Pahang di perantaun saya cukup malu dgn apa yg terjadi di negeri sendiri.

    BalasPadam
  2. yg herannya tokei tokei tak kena pulok.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping