Isnin, Januari 11, 2016

Nampak gayanya memang sah idea yang telah dicetuskan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya sekadar bertaraf 'Longkang' semata - mata apabila ianya GAGAL menyatukan Pakatan Haprak tu.

Jika tidak, mana mungkin dasar konsensus "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" yang dijadikan sebagai formula asas dalam pembentukan Pakatan sebelum ini tidak lagi diguna-pakai.

Perkara itu telah diumumkan secara terbuka sewaktu Pakatan Haprak tu menandatangani perjanjian baru yang menyaksikan PAS telah disingkirkan dari Pakatan itu baru - baru ini.

Secara tidak lansung, tindakan mereka menolak konsensus "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" itu membuktikan bahawa idea Si Ketua Penipu tu sendiri memang tak boleh pakai.

Penganalisis politik, Prof Dr Aruna Gopinath berkata keputusan itu dilihat tidak melambangkan suara dari ketiga - tiga parti di dalam pembentukan Pakatan Haprak tu sendiri.
“Gabungan itu memerlukan kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan dengan mengamalkan prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ hanya akan menimbulkan perkara berbangkit.
“Bagaimana mereka ingin meluahkan ketidaksetujuan mereka di dalam sesuatu perkara jika prinsip ini tidak digunakan lagi. Mereka terpaksa bersetuju dengan sesuatu yang mereka enggan bersetuju,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu penganalisis politik, Ibrahim Sufian berkata tindakan serta perubahan terhadap Negeri yang kini dipegang oleh Pakatan Haprak tu perlu dibuktikan terlebih dahulu.
“Ini hanyalah satu persefahaman yang dibuat di kalangan mereka namun ianya tidak manarik perhatian orang ramai, apa rakyat ingin lihat adalah bagaimana mereka menyelesaikan masalah rakyat khususnya kini rakyat dihimpit dengan masalah ekonomi.
“Ketiga-tiga parti mempunyai negeri yang diperintah, jadi mereka perlu membuktikan perubahan dan kejayaan yang telah dilakukan ke atas negeri masing-masing dan bukan hanya melontarkan kata-kata manis,” katanya.
Hakikatnya, diorang guna la dasar apa sekali pun, tapi selagi mereka ada agenda yang tersendiri, maka selagi itu lah mereka akan GAGAL untuk membentuk sebuah Pakatan yang mampu menjaga kebajikan rakyat. Setakat jaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri boleh la!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Setakat menguntungkan diri sendiri boleh lah tetapi untuk Rakyat lagilah haprak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping