Kalau diikutkan alasan - alasan basi bertaraf Longkang yang sering diberikan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini, dah tentu - tentu itu diantara tuduhan yang akan mereka lakukan.
Mana tidaknya. Apa yang dilakukan oleh Profesor ini jelas tidak memberikan sebarang keuntungan kepada mereka. Sebaliknya, ia hanya akan menyusahkan kerja mereka untuk merampas kuasa.
Mana mungkin puak - puak Pakatan Haprak tu dapat meraih sokongan dari kalangan rakyat sekiranya PAS dan UMNO bergabung demi menjaga kepentingan agama Islam dan juga orang Melayu?
Dah tentu - tentu perkara itu tidak akan dipersetujui oleh 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu. Dan sudah pasti puak - puak DAPigs tu akan melakukan apa sahaja untuk meng-GAGAL-kan hasrat penyatuan orang Melayu ni demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu, Umno dan Pas, tidak mustahil dapat dijalinkan walaupun ia mungkin mengambil masa, kata seorang penganalisis politik tanah air.
Prof Dr Ahmad Atory Hussain, pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) berkeyakinan kerjasama itu akan tetap berlaku walaupun Umno dan Pas pada ketika ini masih belum menemui titik persamaan tentang bentuk kerjasama yang bakal dijalinkan itu.
"Lebih mudah Umno dan Pas bekerjasama dalam isu lain dulu sebelum jalin kerjasama politik. Pilihan raya pun lama lagi... macam-macam benda boleh berlaku. Dalam tempoh dua bulan pun kerjasama politik boleh berlaku.
"Saya yakin dan percaya, ke arah PRU14 nanti akan ada kerjasama politik (antara Pas dan Umno), bentuknya, terpulang kepada keadaan ketika itu.
"Mungkin boleh ikut acuan kerajaan campuran Umno-Pas tahun 1974-1977 sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Ahmad Atory berkata kerjasama antara kedua parti itu perlu dilihat dari perspektif lebih luas dan tidak terlalu terikat kepada tahaluf siyasi semata-mata.
Ini kerana masih banyak ruang yang boleh diterokai dalam menjalin kerjasama walaupun kedua-duanya berpegang kepada fahaman politik berbeza.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.