Jumaat, Februari 19, 2016

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerja mengikut prosedur, jika tidak, mungkin ada pihak yang boleh menjadi mangsa keadaan, kata Tan Sri Musa Hassan.

Bekas Ketua Polis Negara yang kini ahli lembaga penasihat SPRM, berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan saluran radio SPRM, macc.fm, mengenai persepsi negatif orang ramai mengenai agensi penguatkuasaan itu dipengaruhi isu politik.
"Persepsi tersebut menguasai orang ramai pada hari ini kerana mereka terdedah kepada banyak berita negatif dan berita yang dipolitikkan.
"Namun ia bergantung kepada kita sebagai agensi penguatkuasaan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita telus dalam menjalankan tanggungjawab. Nasihat saya untuk SPRM adalah ikut prosedur. Jangan menyimpang dari prosedur itu.
"Sebagai contoh, orang ramai mahu tahu lebih banyak tapi anda tidak boleh beritahu mereka. Orang ramai hanya boleh diberitahu (mengenai siasatan) apabila tertuduh dihadapkan ke mahkamah.
"Kita tidak mahu sesiapa sahaja menjadi mangsa keadaan. Kita perlu menjalankan tugas mengikut undang-undang dan bekerja dengan telus," katanya dalam temubual dengan radio tersebut pada Khamis.
Selain itu, Tan Sri Musa juga turut sempat memberikan nasihat dan teguran kepada pihak media supaya mereka lebih beretika dalam menjalankan tugas sewaktu melaporkan sesuatu berita.

Beliau berkata, sesetengah laporan media hanya dijadikan sensasi dengan mempolitikkan beberapa isu yang dibangkitkan berbanding melaporkan perkara sebenar terutama yang melibatkan VIP.

PS: Dalam erti kata lainnya, buat kerja tu biar betul. Jangan sekadar nak mengharapkan sensasi je lebih!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. betul tu..buat kerja ikut prosedur..tak kira yg disiasat tu pangkat besar ke pangkat kecil..mesti telus.

    BalasPadam
  2. Lebih2 lagi yang melibatkan pembangkang. Terlalu ramai golongan peguam yang cari makan di dalamnya.

    Rakyat dah muak bila kes2 yang melibatkan pembangkang sentiasa lembab.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping