Khamis, Mac 17, 2016

Heh! Lain macam pulak respon Si Azmin ni terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Hadi Awang baru - baru ni. Nampak macam Si Azmin tu dah mula muak dengan Politik Presiden PAS tu.

Nak pulak sejak hubungan PAS dengan PKR semakin renggang pada ketika ini. Ditambah pulak dengan kenyataan Hadi Awang yang dilihat seolah - olah menyokong Barisan Nasional.

Malah kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh PAS terhadap usaha Pakatan Haprak tu main 'Pintu Belakang' juga membuatkan Si Azmin tu rasa semakin 'menyirap' dengan Hadi Awang.

Presiden PAS tu sebelum ini menyifatkan usaha Pakatan Haprak menandatangani deklarasi bersama - sama dengan Tun Mahathir sebagai satu usaha terdesak yang tidak mengikuti perlembagaan.

Bahkan Presiden PAS itu tetap menegaskan bahawa pendekatan baru parti itu adalah ke arah Politik yang Matang dan lebih 'Budiman'. Maka sebab itu PAS memperlekehkan usaha Pakatan Haprak tu.

Hadi Awang dalam satu kenyataan baru - baru ini juga turut menyatakan bahawa mereka memilih untuk membangkang dengan cara yang lebih berhemah, iaitu melalui 'Nasihat' kepada Kerajaan.

Kenyataan dari Hadi Awang itu dibuat selepas ditemui oleh pihak media sewaktu mengumumkan pembentukan gabungan diantara PAS dengan parti pimpinan Si Mamak Kadiaq tu semalam.

Dalam kenyataan yang sama, Hadi Awang menjelaskan, pembentukan gabungan itu adalah bagi untuk melaksanakan Politik Sederhana dan tidak ekstrem seperti yang diamalkan Pakatan.

Mungkin dek kerana kenyataan itu yang membuatkan Si Azmin tu rasa tak puas hati dan dilihat seolah - olah muak dengan pandangan yang diberikan oleh Hadi Awang secara terbuka.

Si Menteri Besar Selangor tu tampil menafikan bahawa usaha yang dilaksanakan Pakatan Haprak tu melalui deklarasi yang ditandatangani sebelum ini merupakan satu langkah ekstrem.
“Pendirian Keadilan dan Pakatan Harapan kita bersama-sama termasuk dengan PAS sebelum ini untuk melakukan perubahan menggunakan saluran demokrasi dan perlembagaan. Tidak timbul soal ekstrem,” katanya kepada pemberita.
Nah! Secara tidak lansung, kenyataan Si Azmin tu boleh juga dianggap sebagai satu cubaan untuk menutup kemaluan puak - puak Pakatan Haprak tu. Hakikatnya, tindakan diorang menandatangani deklarasi tu bukan sahaja ekstrem, tapi TERDESAK nak merampas kuasa!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. sokong pendekatan yg tidak ekstrem.

    BalasPadam
  2. Ulasan Azmin, kemas dan matang..
    admin ada masalah jiwa ke?

    BalasPadam
  3. 9:08 PG, tang mana ulasan matang tu, menurunkan seseorang tanpa melalui proses pengundian tu amalan demokrasi dan mengikut perlembagaan ke...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping