Selasa, Mac 01, 2016

Heh! Memang bukan senang nak mengendalikan sesebuah laman portal berita ni sebenarnya. Bukan semudah kita bukak blog dengan menggunakan 'Blogspot' atau pun 'Wordpress'.

Kalau kita bukak blog, hanya kita dan beberapa orang rakan je yang terlibat. Tapi bila bukak laman portal berita, banyak kerja yang perlu dilaksana dan diselaraskan. Pentadbiran kena pandai.

Nak pulak kalau ianya melibatkan sesebuah laman portal berita yang 'Independent' macam The Rakyat Post ni. Jika tanpa sebarang jentera pengurusan yang baik, memang tak ke mana la.

Kalau tak pandai nak mengurus, memang 'Gulung Tikar' la jawabnya. Tu pasal sampai ada laman portal yang takde sumber nak bayar gaji kepada jurugambar dan juga wartawan yang bertugas.

Cuma yang kita heran, dari mana diorang ni dapat sumber Dana untuk membuka laman portal tersebut sebab hakikatnya kita tau, perbelanjaan untuk pengurusannya bukan sikit - sikit.

Maka sebab itu sebelum ini kita pernah mempertikaikan dari mana sumber Dana kewangan yang diterima oleh laman portal Pro Pakatan seperti The Malaysian Insider dan Merosakini tu. Takkan pulak duit diorang ni boleh tumbuh atas pokok atau turun dari langit!!!
PETALING JAYA: Portal berita The Rakyat Post menamatkan operasinya pada Isnin. Operasi media milik Wespacom Sdn Bhd memaklumkan kepada wakil 60 kakitangannya berhubung keputusan untuk menamatkan operasi pada mesyuarat yang berlangsung di Menara MBSB, Kuala Lumpur.

Ia turut memberitahu kakitangannya supaya membuat aduan dengan Jabatan Buruh untuk tindakan industri bagi mendapatkan dua bulan gaji yang masih tertunggak.

Terdahulu, kira-kira 15 kakitangan portal berita itu berkunjung ke pejabat Jabatan Buruh di Subang Jaya sebelum membuat aduan rasmi terhadap syarikat berkenaan.

Bercakap kepada pemberita, wakil kakitangan portal itu, Michael Murty berkata, kakitangan terlibat tidak menjangka syarikat berhadapan masalah kerana mereka dibayar gaji pada hari ketiga setiap bulan.


"Pada Disember, majikan memaklumkan syarikat berhadapan masalah dana. Hanya pada Januari kami memperoleh gaji untuk Disember, beberapa hari lewat berbanding kebiasaannya. Majikan memberitahu mengenai masalah mendapatkan dana, bagaimanapun mereka masih dapat memenuhi keperluan pekerja," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping