Selasa, April 19, 2016

Setiausaha DAP Sarikei, Wong Ching King mengumumkan keluar parti pada Selasa disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAPigs Sarawak yang dipimpin oleh Chong Chien Jen.

Wong, yang meletak jawatan sebagai seorang guru sekolah menengah untuk menyertai DAPigs pada 2011 berkata, beliau melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.
“Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan saya, yang saya akan hantar kepada Setiausaha Agung parti itu melalui e-mel lewat hari ini (Selasa) dan diikuti oleh satu salinan melalui perkhidmatan kurier,” katanya pada sidang akhbar, lapor The Borneo Post.
Beliau berkata pimpinan DAPigs Negeri Sarawak telah menggunakan ‘gaya autokratik’ dalam kepimpinan mereka sehingga menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli parti. 
“Kepimpinan DAP Sarawak telah memijak maruah saya sebagai anggota parti dan gaya autokratik kepimpinan tertentu DAP negeri telah memusnahkan perpaduan ahli-ahli cawangan dan telah menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap DAP cawangan Sarikei khususnya,” katanya.
Mstar melaporkan keputusan drastik yang telah dibuat oleh Wong untuk keluar dari parti ekoran tindakan DAPigs tidak mencalonkan beliau sebagai calon ADUN DAPigs di DUN Repok.

Adalah difahamkan bahawa seorang wanita yang berusia dua puluhan telah dicalonkan oleh DAPigs Bahagian Sarikei untuk bertanding kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Sebahagian daripada ahli - ahli DAPigs yang memberikan sokongan penuh kepada Wong telah menuntut agar parti itu menggantikan calon wanita tersebut dan menamakan Wong sebagai calon.

Mereka meminta agar DAPigs negeri untuk menamakan veteran Chong Siew Chiang sebagai calon. Siew Chiang, 78, merupakan bapa kepada Pengerusi parti negeri, Chong Chien Jen.

Walaupun DAP memenangi Repok pada tahun 2011 dengan majoriti 2,679 undi selesa, tetapi mereka mula berdepan dengan masalah apabila wakil rakyat parti itu mengalami strok selepas menang dan tidak dapat menjalankan tugas sepenuhnya di kawasan itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping