Ahad, April 24, 2016

Huh! Apa la gunanya ada "Kawan" kalau kawan tu suka makan kawan? Nak ada skandal, tapi bila keadaan semakin sempit, kawan tu juga yang dibiarkan bersendirian menghadapi serangan.

Ini yang sedang berlaku terhadap skandal Si Guan Eng ni. Bila keadaan dah semakin terdesak, bukan sahaja dia dipinggirkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Malah tidak ada pembelaan diberikan.

Dek kerana nak menyelamatkan kemaluan Si Guan Eng tu, maka dia sendiri terpaksa dijadikan korban. Persoalannya, adakah dia hanya dijadikan mangsa 'Kambing Hitam' Si Guan Eng?

Kini, pelbagai pihak mula mempersoalkan mengenai Laporan Akuan Bersumpah (SD) yang telah difailkan oleh Phang Li Koon, pemilik banglow mewah yang telah dibeli oleh Guan Eng.

Pembelian banglow mewah 'Terlajak Murah' yang dilakukan oleh Si Guan Eng tu kini menjadi satu isu kontroversi yang cukup hangat diperkatakan dan masih lagi menjadi isu dikalangan rakyat.

Ianya berikutan tindakan sambil lewa yang diambil oleh pihak berkuasa yang dilihat cuba melengah - lengahkan masa bagi menangani masalah yang telah pun dilaporkan oleh pelbagai pihak mengenai isu berkenaan.

Maka dek kerana itu, ianya menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan masyarakat sehingga membuatkan Phang Li Koon menjadi mangsa serangan bertubi - tubi oleh pelbagai pihak pada ketika ini.

Terbaru, MCA Pulau Pinang pula tampil membuat laporan, mempersoalkan kesahihan laporan SD yang telah dibuat oleh Phang Li Koon sebelum ini berhubung isu pembelian banglow tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Ang Chor Keong berkata, akuan bersumpah itu didakwa bukan dibuat secara ikhlas oleh Li Koon namun dilakukan bagi menyelamatkan orang lain.

Ini kerana ujarnya, akuan bersumpah itu dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Ma­sya­rakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan bukannya oleh Li Koon sendiri.
“Ahli perniagaan itu tidak pernah tampil di khalayak ramai untuk menjelaskan mengenai akuan bersum­pah itu serta menafikan kemungkinan yang surat akuan itu palsu.
“Dalam akuan bersumpah itu Li Koon mendakwa dia tidak mempunyai sebarang urusan bisnes dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang namun pendedahan sebuah portal atas talian sebelum ini membuktikan sebaliknya,
“Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin berkaitan perkara ini dan berharap pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini dengan teliti.
“Saya menyeru kepada SPRM agar menyegerakan siasatan terhadap Guan Eng bagi mengembalikan integriti badan siasatan itu,” ujarnya.
Maka persoalannya, apa tindakan susulan yang telah diambil setelah laporan demi laporan seperti ini didedahkan kepada umum? Adakah ianya diambil perhatian atau hanya sekadar dibakul sampahkan kerana ianya melibatkan seorang pemimpin DAPigs???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping