Jumaat, April 22, 2016

Tindakan naib pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek keluar parti membayangkan perbalahan berhubung dengan pengagihan kerusi dengan DAPigs bagi pilihan raya Sarawak ke-11.

Tumek berkata, PKR telah gagal untuk mendapatkan pencalonannya bagi kawasan Tasik Biru dan membenarkan DAPigs mengambil alih kerusi yang ditandingi oleh PKR pada tahun 2011.

Memandangkan pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri ditetapkan pada Isnin, PKR belum mengumumkan calon-calon mereka dan kawasan yang mereka akan bertanding dan ini membayangkan kemungkinan kedua-dua parti bertelagah mengenai pengagihan kerusi.

PKR sebelum ini dilaporkan mengintai untuk bertanding 40 kerusi. Pada 2011, parti itu bertanding 49 kerusi dan menang tiga kerusi.

DAPigs berkata, ia akan bertanding 30 kerusi, satu kerusi lebih daripada diumumkan sebelumnya dan menyenaraikan Bukit Goram untuk ditandingi selepas presiden Parti Pekerja Sarawak, Larry Sng, yang berhasrat untuk bertanding di kerusi itu, meninggalkan parti.

Pengerusi DAPigs Sarawak mengumumkan 29 calon dengan baki seorang lagi calon akan diumumkan menjelang hari Sabtu. Mordi Anak Bimol dipilih untuk bertanding di Tasik Biru.

Ketika ditanya mengenai sama ada perbincangan selanjutnya akan diadakan dengan PKR mengenai pengagihan kerusi, Chieng Jen dengan tegas menjawab "Tidak."

Beliau berkata, DAP negeri itu berpegang kepada persetujuan mengenai pengagihan kerusi antara kepimpinan kebangsaan kedua-dua parti.
"Saya berharap PKR akan menghormati perjanjian dan tidak mengubahnhya. Jika tidak, pengundi tidak akan mempunyai keyakinan kepada parti," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Baru Bian berkata, beliau setakat ini masih belum mahu mengumumkan senarai nama calon untuk partinya yang akan bertanding dalam PRN kali ini.
"Masih ada beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon. Kami ingin mengelakkan pertindihan kerusi," katanya.
Pada 2011, PKR menurunkan John Tenewi Nuek dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN dan SNAP. Datuk Peter Nansian mengekalkan kerusi itu untuk BN dengan majoriti 2,072 undi.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping