Rabu, April 27, 2016

Hehehe!!! Kalau bab suka 'Main Belakang' ni, kita serahkan saja kepada puak PKR tu. Diorang ni memang 'Pakar' dalam bab Main Belakang ni sama ada ianya secara literal atau pun tidak.

Tak kira la dengan siapa sekali pun diorang ni berkawan, agenda 'Main Belakang' ni tetap menjadi keutamaan bagi puak PKR tu. Maka sebab itu dengan DAPigs pun diorang sanggup kencing hidup - hidup.

Walaupun PKR sebelum ini melafazkan ikrar setia dengan DAPigs, tapi itu tidak menghalang mereka untuk bertindak sewenang - wenangnya. Malah DAPigs pun diorang boleh permainkan.

Sama macam sepasang suami isteri yang dah berkahwin. Tapi itu tidak menjamin kesetiaan sehingga ada yang tidur sebantal, tapi mimpikan orang lain. Perkara macam tu dah jadi kebiasaan bagi PKR.

Maka, tak heran la kalau diorang ambik tindakan seperti mana yang diperkatakan oleh DAPigs sebelum ini yang menganggap PKR sebagai Penipu dan Pengkhianat yang melanggar janji. Kiranya, PKR ni memang sebuah parti yang Tak Boleh dipercayai!!!
KUCHING: Walaupun DAP dan PKR bernaung di bawah gagasan yang sama iaitu Pakatan Harapan namun pertembungan sesama sendiri di enam kerusi antara dua parti berkenaan pada pilihan raya negeri Sarawak pada kali jelas menunjukkan keadaan pembangkang yang kucar kacir.

Enam kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan perkara tersebut jelas menunjukkan keadaan pembangkang yang semakin bertambah buruk.

"Mereka tidak dapat mencapai kata sepakat bersama. Orang kata kamu tidur bersama-sama, tetapi mimpi kamu berbeza. Dan saya menjangkakan keadaan akan menjadi semakin buruk,”

“Saya fikir ia menunjukkan ketidakserasian di antara mereka. Dan jika mereka (PKR dan DAP) bertanding bersama-sama…keutamaan mereka bukan demi perpaduan rakyat Sarawak yang sebenar,” kata Adenan.

Adenan mengulas mengenai perkara terbabit pada sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama semalam.


Hari penamaan calon yang berlangsung pada Isnin (25 April) akhirnya mendedahkan kepada umum bagaimana tembelang serta temberang PKR dan DAP ibarat tidur sebantal tetapi mimpi tetap lain-lain.
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping