Jumaat, Mei 13, 2016

PKR mempelawa PAS supaya kembali bergabung dengan parti itu dan DAPigs seperti dalam Pakatan lalu untuk mengukuhkan lagi harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Bagaimanapun sebaliknya, PAS pula 'berseloroh politik' dan mengundang PKR untuk bersama dalam saf blok politik ketiga yang ditajanya dengan parti IKATAN demi mencapai maksud yang sama.

Reaksi PAS segera mengingatkan umum kepada idea Zaid Ibrahim yang mahu DAPigs menceraikan sahaja PKR dan bergabung tenaga hanya dengan parti KUALI pimpinan Mat Sabu bagi menghadapi PRU akan datang.

Di atas kertas, kebarangkalian PAS menerima pelawaan yang dibuat oleh Azmin Ali itu, adalah rendah. Ini kerana cara DAPigs menyerang PAS bersama PAN, adalah amat menyakitkan. 

Jika PAS berbalik kepada Pakatan dengan DAPigs dan PKR bererti mereka terpaksa menerima PAN yang lahir dari rusuk PAS yang dianggap sudah mengkhianati perjuangan parti itu. 

Tambahan pula, persahabatan dan setiakawan di antara PKR dengan DAPigs kini tidaklah begitu sihat. Lantas untuk PKR menjadi 'Orang Tengah' memperbaiki hubungan dengan DAPigs mungkin tidak akan berjalan lancar seperti diharapkan.

Jika mengikut penilaian Zaid Ibrahim, adalah lebih baik jika DAPigs menjarakkan diri dari PKR kerana melihat PKR lebih mirip tindakan politiknya dengan PAS. Dalilnya PKR mahu PAS terus bergabung mentadbir Negeri Selangor. 

Selain itu, dari kacamata Zaid, PKR dan PAS memang kurang integriti, tidak menepati janji dan kurang boleh dipercayai. Zaid mengutip rumusan itu berdasarkan hujah-hujah DAPigs yang kini kurang senang dengan PAS dan PKR.

Pusar ketidak-puasan hati DAPigs terhadap PAS ialah presidennya, Haji Abdul Hadi Awang yang didakwanya sering membelakangi keputusan - keputusan Majlis Pimpinan Presiden Pakatan.

Sementara paksi kekecewaan DAPigs terhadap PKR ialah, parti itu sudah mula 'Tikam Belakang' dengan menolak persetujuan awal yang dibuat berhubung pembahagian kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. 

Justeru ikut hukum akal, sukarlah bagi DAPigs untuk menyokong usul Azmin yang mahu PAS berbaik semula dengannya. Apatah lagi jika difikirkan bahawa PKR sendiri tidak boleh dipercayai sangat darjah integriti politiknya. 

Yang nyata Azmin membuat syor itu sebelum berunding dengan DAPigs. Sudah tentu sukar untuk DAPigs menerima syor yang belum tentu dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PKR sendiri. 

Di peringkat ini, cadangan Azmin itu masih bersifat peribadi. Tambahan pula kecurigaan masih bersalut pada batang tubuh Azmin yang dilihat DAPigs sebagai punca kekalahan teruk parti itu di PRN Sarawak hujung minggu lalu.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. PKR yg perlu bersama PAS...biarkan DAP dgn PAN yg sehati sejiwa tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping