Gambar-gambar banjir kilat sekitar Kajang dan di beberapa batang jalanraya utama di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadi viral dan banyak diperkatakan. Dan menariknya, yang dipersalahkan adalah adalah ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen di kawasan-kawasan tersebut.
Kalau Kajang, sudah tentulah Wan Azizah dengan kipas hikmatnya. Di Kuala Lumpur pula, ia membabitkan dua Parlimen iaitu Lembah Pantai dan Titiwangsa, yang diwakili oleh Nurul Izzah dan Johari Ghani.
Banjir kilat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Kuala Lumpur. Ia adalah fenomena biasa terutama pada musim-musim hujan. Sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dihairankan dengan banjir kilat di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi dengan saliran dan perparitan yang dikacau ganggu oleh pelbagai jenis projek pembangunan seperti MRT yang dapat kita lihat sekarang ini.
Gambar dari The Flyingkick |
Semua ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan (PBT).
Kajang walaupun hanyalah sebuah bandar kecil, tetapi PBTnya memang antara yang paling teruk dan paling tidak berguna di seluruh Malaysia. Biarpun cukup terkenal dengan kerenah Ahli-Ahli Majlis, pelbagai masalah yang membabitkan penduduk, tidak begitu dititikberatkan oleh MPKj.
Sudah terlalu acap banjir kilat berlaku di Kajang. MPKj jarang mengeluarkan kenyataan, sebaliknya yang mengeluarkan kenyataan adalah Menteri Besar Selangor dan ADUNnya yang menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional lepas sebagai punca banjir berkelompok tersebut.
Tiada penyelesaian sebaliknya hanya menyalahkan pihak lain... itulah kaedah yang digunapakai sekarang. MPKj seperti mendapat lesen besar untuk tidak berbuat apa-apa, terutama sekali membabitkan Sungai Langat yang merupakan saliran utama di ibandar berkenaan.
Peruntukan PBT daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri kelihatan langsung seperti tidak digunakan untuk tujuan saliran dan perparitan. Sebaliknya pertumbuhan pelbagai projek yang tidak mengambil kira aliran air dan banjir, dapat diihat dengan mudah di kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air sekarang.
Bukan salah ADUN... bukan salah Ahli Parlimen tetapi ini adalah salah PBT terutama sekali yang membabitkan perancangan bandar.
Mengapa mereka tidak mengambil kira perangkap air yang terhasil daripada pelbagai projek sepertimana yang berlaku di Jalan Duta dan pekan Kajang? Mengapa PBT langsung tidak bertanggungjawab!!!
Banjir dalam jubur pun dia org tak kesah, ini kan pula banjir di jlnraya
BalasPadam