Isnin, Mei 30, 2016

Wah!!! Ini satu khabar yang agak mengejutkan. Katanya, Bekas ADUN yang juga merupakan Exco Kanan ni ada hajat nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun nanti.

Desas desus mengenai hajat Bekas ADUN itu menjadi satu isu yang hangat didalam laman media sosial serta aplikasi whatsapp yang menampilkan tanda tanya dikalangan pengguna sendiri.

Sama ada betul atau tidak Bekas ADUN tu nak bertanding, tidak dapat dipastikan. Namun, kiriman Infografik dengan tanda soal itu menjadi Viral dikalangan pengamal media sosial semalam.

Walaubagaimana pun, perkara itu bagi sesetengah pihak tidak berapa mengejutkan memandangkan Bekas ADUN itu kini merupakan penyokong tegar mereka yang Pro Deklarasi.

Jadi, tak mustahil sekiranya hajat dia nak bertanding tu didorong oleh kehendak nafsu untuk merealisasikan impian sesetengah pihak bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke - 13 pada tahun 2013 yang lalu, Bekas ADUN itu telah tewas dalam mempertahankan kerusi DUN yang disandangnya kepada calon yang mewakili PAS.

Sebagai rekod, Bekas ADUN itu sebelum ini telah dipecat dari menjadi ahli UMNO kerana terlalu lantang mengkritik pihak Kerajaan berhubung isu 1MDB dan menyerang kepimpinan parti.

Mantan ADUN itu juga sebelum ini turut dilaporkan mengalami masalah kewangan apabila dia GAGAL membayar wang pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada Ahli Parlimen Shah Alam.

Pampasan itu merupakan sebahagian dari keputusan mahkamah berhubung satu kes saman malu yang difailkan oleh Si Khalid Samad. Penyudahnya, habis semua barang rumah dia kena lelong.

Sama ada betul atau tidak dia nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar seperti yang dikhabarkan semalam, terpulang la pada dia. Itu kehendak dia sendiri. Kalau dia rasa boleh menang, bertanding. Itu membuktikan Malaysia ni DEMOKRASI!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping