Ahad, Mei 22, 2016

Heh! Nampak gayanya, nasib memang tidak menyebelahi dia pada ketika ini. Hasrat dia nak menjadi Perdana Menteri bukan sahaja semakin pudar. Bahkan reputasi dia juga kian tercalar.

Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini boleh dianggap sebagai 'Public Enemy Number One' dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Mana tidaknya. Jika sebelum ini, Si Azmin tu dilabelkan oleh DAPigs secara terbuka sebagai seorang PENIPU yang telah memungkiri perjanjian berkaitan dengan isu calon dalam PRN Sarawak.

Kemudian, Si Azmin Ali itu juga turut dianggap sebagai seorang PEMBELOT dan PENGKHIANAT oleh partinya sendiri apabila dia dilihat semakin taksub dengan deklarasi Mahathir.

Kini Si Azmin tu pula 'DIKANTOI' oleh kepimpinan PAS apabila dia didakwa cuba untuk MENIPU para wartawan dengan menafikan bahawa dia ada memberi 'Kata Dua' kepada parti tersebut.

Perkara itu mula menjadi buah mulut dikalangan ahli serta penyokong PAS apabila Si Azmin tu dilihat berada dalam keadaan terdesak berhubung isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor itu didakwa telah memberi kata dua berbaur ugutan untuk memecat Exco dari kalangan PAS sekiranya parti itu tetap berdegil.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Si Menteri Besar Selangor itu dalam satu kenyataan dan mendakwa ia hanya sekadar satu fitnah yang sengaja diadakan untuk memburukkan reputasinya.

Walaubagaimana pun, penafian yang dibuat oleh Si Azmin itu disangkal oleh pemimpin PAS dan mendakwa Timbalan Presiden PKR itu sekali lagi telah MENIPU pihak media yang membuat laporan tersebut.
“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS kepada FMT.
Selain itu, pemimpin PAS itu juga turut mendakwa, Si Menteri Besar Selangor tu berada dalam keadaan terdesak sehingga membuatkan dia 'Melibas' semua orang yang ada disekelilingnya.
“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.
Hakikatnya, Si Azmin tu cuba nak tunjuk yang dia 'In Control'. Tapi MALANGnya, Si Menteri Besar Selangor tu ternyata tidak mampu untuk mengawal keadaan biarpun didalam Negeri yang ditadbirnya sendiri. Jadi, bagaimana mungkin dia layak nak jadi Perdana Menteri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping