Ahad, Mei 22, 2016

Sebelum ini Menteri Besar , Azmin Ali dilaporkan telah menyangkal tuduhan kononnya beliau telah memberi kata dua kepada wakil PAS yang kini bersama dalam saf pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Tuduhan tu bukan cerita biasa-biasa sebab Azmin dikatakan akan menyingkirkan wakil-wakil PAS tersebut sekiranya parti itu masih berdegil untuk terus bertanding di kerusi Sungai Besar.

Jadi kecohlah seketika kerana isu tersebut jelas mengulangi episod berantakan kem pembangkang sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak yang telah diadakan baru-baru ini.

Jika di Sarawak pembangkang bertikam lidah sesama sendiri kerana keegoan masing-masing selain daripada nafsu yang membuak-buak untuk berkuasa , bibit-bibit yang sama nampaknya akan berulang di Sungai Besar.

PAS sejak dari awal lagi telah pun mengesahkan mereka akan meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen tersebut sehingga mengakibatkan pergeseran antara PAS dan DAPigs semakin tegang.

Malah pemimpin PAS sendiri turut menempelak DAPigs supaya jangan memandai - mandai nak mengajar parti itu sebab DAPigs sendiri pun GAGAL di Sarawak.

Walaubagaimana pun, DAPigs pula masih mengekalkan tradisinya untuk menjadi 'Abang Besar' dimana mereka menuntut agar semua parti pembangkang perlu tunduk dan akur kepada kehendak mereka.

Akibatnya macam-macam isu timbul sampaikan PAN menyerang Azmin Ali disebabkan PKR dilihat cuba berlembut apabila mencadangkan supaya Pakatan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di Sungai Besar.

Dalam masa yang sama Azmin kini bukanlah antara pemimpin yang dipercayai DAPigs disebabkan tindakan yang telah dilakukan olehnya sewaktu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Apatah lagi dalam keadaan terkini, mesej daripada Ketua De Facto PKR yang mahukan supaya pemimpin PKR berhati-hati dengan gerakan Tun M yang dilihatnya mempunyai agenda yang membolehkan kehadiran Pakatan Harapan dalam kancah Politik di Malaysia.

Azmin semestinya menjadi perhatian puak Pembangkang sendiri kerana dilihat begitu konsisten bersama gerakan Tun M sehingga ada khabar angin yang mengatakan bahawa sesuatu sedang disusun yang membolehkan Azmin menongkah takhta sebagai Perdana Menteri sekiranya gerakan tersebut berjaya. - MMI
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Dulu lagi aarrkk dah kata , azmin pm selepas najib, alien hud hud bagi tau masa dia back to the future time travel.tapi jangan putus asa, muhammad pit pit kata sejarah boleh diubah.

    BalasPadam
  2. YAB Dato Seri Azmin Bin Hj Ali, Perdana Menteri Pasir Dua Butir.

    BalasPadam
  3. Mohd Azmin Bin Mohd Ali , one world leader

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping