Isnin, Mei 30, 2016

Heh! Payah jugak nak melayan dengan telatah dan kerenah orang yang tak sedar diri ni ek. Sibuk sangat diorang ni jadi manusia yang sentiasa menongkat langit sampai tak berpijak dibumi yang nyata.

Bila orang kata puak - puak parti KUALI pimpinan SiMat Sabu ni semuanya terdiri dari kalangan orang yang tak sedar diri, mati hidup semula pun diorang takkan mengaku secara terbuka.

Kalau tadi, Si Khalid Samad tu tampil dengan membuat dakwaan serta tuduhan liar yang bukan - bukan terhadap calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti.

Kali ini, tiba giliran parti KUALI di Perak pulak keluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah - olah parti itu sedang berada dalam keadaan yang tak tentu arah menjelang tarikh 5 Jun.

Dek kerana cuba nak menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat, wakil dari parti KUALI Si Mat Sabu tu di Perak menafikan bahawa pihaknya berada dalam keadaan tertekan.
“Insya-ALLAH kita yakin menang... kita masuk (bertanding) kerana mahu menang bukan untuk menjadi penasihat dan suka-suka. Kita yakin mampu melakukan kejutan. Tidak mustahil untuk Amanah menang walaupun dengan majoriti tiga undi,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai calon Amanah, Asmuni berkata, beberapa calon telah disenaraikan dan mereka sudah pun memilih calon yang akan bertanding.


Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan nama calon lebih awal kerana Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkan calon tersebut pada 1 Jun ini.
Huh! Bab main wayang dan memberi alasan yang bukan - bukan ni memang puak parti KUALI ni cukup hebat. Tapi Realitinya, diorang pun tengah menggelupor tak tentu arah nak cari calon yang sesuai.

Kalau betul la puak parti KUALI tu tak merasa tertekan, kenapa diorang perlu tunggu sampai hari Rabu baru nak umumkan nama calon yang akan mewakili Pakatan Haprak tu di Perak?

Tidakkah tindakan yang diambil itu memberikan gambaran seolah - olah parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu tidak mempunyai calon yang sesuai bagi menghadapi PRK di Kuala Kangsar?

Sebaliknya, diorang terus bermain teka teki dengan rakyat serta ahli diperingkat bawahan sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan mereka sendiri, "Nak bertanding ke tidak?"

Tapi, apa boleh buat. Memang begitu la gayanya dengan puak - puak Pakatan Haprak ni. Terutama sekali parti KUALI Si Mat Sabu tu. Diorang cuba jugak nak sembunyikan kemaluan mereka dari diketahui rakyat dengan 'MENGENCING' diri sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. pan selalu cakap besar... kemampuan tak sehebat mana pun.

    BalasPadam
  2. pan hidup segan mati tak mau.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping