Ahad, Mei 29, 2016

Amboi mak ai!!! Kemaruk sangat puak - puak Pakatan Haprak ni nak menabur fitnah. Tak cukup diorang tabur fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri, kali ni Speaker Dewan Rakyat pun jadi mangsa?

Desas desus mengenai khabar angin mengatakan Speaker Dewan Rakyat tidak berapa sihat itu ternyata tidak benar apabila ianya dinafikan oleh Setiausaha Akhbar kepada beliau hari ini.

Khabar angin di laman media sosial mengenai Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa sedang menjalani pembedahan serius disahkan palsu oleh pembantunya.

Menurut Setiausaha Akhbar II kepada Tan Sri Pandikar, Ng Chu Hing, entri di laman Facebook yang turut disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sebelum ini ternyata adalah palsu.
Tidak benar, beliau okey,” katanya ketika dihubungi The Star Online pada pagi Ahad.
Ng juga turut mengesahkan Pandikar kini sedang berada di Singapura meluangkan masa bersama dengan keluarga beliau sempena cuti persekolahan yang berlansung sepanjang minggu ini.

Entri di Facebook itu mendakwa Pandikar diserang angin ahmar dan sedang menjalani kraniotomi. Pada Januari 2010, Pandikar mengalami serangan kecil diikuti dengan pembedahan pintasan.
Categories:

1 ulasan:

  1. tak baik sebar berita yg tak sah...apa lgi klu ia fitnah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping