Ahad, Mei 29, 2016

Hehehe!!! Nampak sangat la yang Si Khalid Samad ni mudah sangat 'Touching' bila ada orang yang lebih hebat dari dia. Kalau dulu, dia sering kali dengki dengan Datuk Dr. Hassan Ali JATI.

Masa dengan Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini, Si Khalid Samad ni bukan main lagi sibuk menyerang Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tu dengan dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan.

Malah, Si Khalid Samad ni jugak la yang menyebabkan Datuk Dr. Hassan Ali digugurkan dari menjadi ahli PAS dan seterusnya gugur dari jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada ketika itu.

Kali ini, tiba giliran Dr. Abdul Rani Osman pulak jadi sasaran Si Khalid Samad ni apabila ADUN Meru itu menjadi calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti.
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa bahawa calon yang diturunkan oleh parti Islam Pas, iaitu bekas pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar hanya layak untuk bertanding dengan Pakatan Harapan sahaja.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata Pas dilihat seperti lebih mahu mencabar Pakatan Harapan jika hendak dibandingkan dengan lawan pembangkang yang sebenar, iaitu Barisan Nasional (BN).

Taktik yang digunakan Pas dilihat lebih cenderung kepada usaha untuk menarik lebih ramai pengundi dari kalangan golongan Cina berbanding dengan masyarakat Melayu... 

Terutama di kawasan Sekinchan. Maknanya Pakatan Harapan ni sebenarnya takut pengundi dorang kena kebas dengan Pas la ni.

Bukan itu sahaja, dengan mencalonkan Abdul Rani tindakan tersebut seperti membuka peluang yang luas kepada BN untuk menang dalam pertandingan kerusi Parlimen Sungai Besar tersebut... Ini kerana Abdul Rani bukanlah saingan yang hebat bagi BN.

Sekinchan yang terletak di bawah kawasan parlimen Sungai Besar kini dikuasai DAP... Satu daripada tiga komponen gagasan pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan.
"Kalau PAS serius mahu melawan Umno (dan BN), mereka sepatutnya menurunkan tokoh yang popular di kalangan pengundi Melayu supaya dapat menarik undi masyarakat itu," katanya.
Tambah Khalid, meskipun mereka mempunyai hubungan yang agak baik dengan Abdul Rani, namun katanya, itu tidak akan menjejaskan rentak permainan Politik yang diamalkan oleh PAN.
"Abdul Rani orang yang baik dengan kami (AMANAH) tetapi hakikatnya dia duduk dalam parti PAS yang mempunyai sikap begitu sombong serta angkuh, tidak mesra dengan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam.
"(Kepada) orang yang tak setuju dengan mereka, PAS isytihar sebagai musuh, seperti DAP mereka isytihar sebagai musuh Islam. Ini bukan corak pendekatan yang kami setuju," katanya.
Dalam erti kata lainnya, nampak sangat la yang Si Khalid Samad ni mula kecut buah kerandut bila nak berhadapan dengan PAS. Baru masuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, macam - macam dakwaan diorang lemparkan. Tu belum Pilihan Raya Umum lagi!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. khalid dah meroyan...dok dlm pas buat onar. dok dlm pan semakin tak laku...cakap merapu

    BalasPadam
  2. budak2 pan dah mengamuk lg. beberapa tahun lg In Sha Allah mereka semua akan pencen

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping