Ahad, Mei 15, 2016

DAP dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan bahawa parti itu hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan sahaja pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu mereka tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR dan juga Timbalan Presiden PK serta Presiden parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu mengenai pilihan raya kecil itu.
“Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing,” katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN), yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon (BN) dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang pesawat berkenaan, Rudolf Rex Ragas, warganegara Filipina.
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Guan eng, arrkk punya kawan arrkkk arrkkk akk akk hud hud pit pit ada bagitau azwan sudah tau aziz ah ah ah mau lompat parti pan pru 14 nanti, begitula kira kiranya.

    BalasPadam
  2. Niat mereka ini hanya nak kleirukan rakyat. Macam mana si MB Azmin boleh main 2 game pada satu masa? Yang mana penyokong nak sokong, Pas atau Pan? Sebenar nya PAS jelas akan bertanding tanpa izin parti rasis dan penjenayah liwat. Sekurang2nya LGE jelas hanya sokong parti mangkuk. Tapi si Azmin main wayang. Nenek kipas no komen. Kalau kena serbu oleh wartawan jawab dia senang..."saya tak tahu pun ada PRK kecil. Setahu saya yang ada sekarang PH. PR dah bubar..."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam pkr ada dua group, satu gerub azwan sokong wan azizah, satu lagi gerub aznil sokong azmin . yang jadi masalah pkr sekarang, azwan dan aznil dah terpakat anak papa.

      Padam
  3. Selagi PAS bersendirian dan tidak dengan Pakatan Haprak (PH), PAS akan berjaya kerana sebilangan besar pengundi senyap -Silent Majority Voters - dah naik meluat dengan perangai lanun dan 'tidak tahu' attitude Nagib Razak. Undi mereka akan beralih ke PAS TETAPI sekiranya ada bau-bau yg PAS akan kembali kepada PH dan DAPpigs, BN/UMNO akan terus berkuasa......

    BalasPadam
  4. belum apa2 pan dah cakap besar...rasa hebat dbb dap di belakang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping