Sabtu, Mei 07, 2016

Tak usah la Husam meroyan dan merengek macam budak sekolah tadika lepas dia dipecat dari menjadi ahli PAS ni. Itu satu perkara yang sewajarnya dia duga sejak dari awal dulu lagi.

Lagi pun penyakit dia sendiri jugak yang cari. Bukannya orang saja je nak ambik tindakan dan memecat dia dari parti sesuka hati. Dia yang pandai - pandai buat tuduhan dan dakwaan.

Bak kata orang tua - tua, "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa". Jadi, tak perlu la Si Husam atau mana - mana pihak nak tunjuk perangai tak matang dan menyalahkan PAS.

Lagi pun, Si Husam tu sendiri sepatutnya berasa malu pada diri dia sendiri. Dia yang selama hari ini tak berani nak ambik tindakan berani untuk meninggalkan parti secara 'Gentleman'.

Sebaliknya, Si Husam tu lebih cenderung memilih untuk menjadi seorang pemimpin Bacul yang mengkhianati dasar perjuangan parti secara terbuka dengan membuat spekulasi yang bukan - bukan.

Jadi, tak perlu la Si Husam tu nak merengek mengalahkan budak sekolah tadika. Bak kata Presiden PAS, pecat keahlian parti bagi mereka yang langgar disiplin ni bukannya perkara baru. Tinggal lagi, Si Husam tu je yang masih tak sedar diri!!!
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tindakan partinya, memecat pemimpin atau ahli yang melanggar peraturan parti bukan perkara yang pelik. Hadi berkata, ini kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.

"Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang, Pas memecat ahli yang melanggar disiplin parti," katanya petik laporan Harakahdaily.

Hadi berkata demikian ketika memberi ceramah di Dataran Jeli malam tadi. Terdahulu, Jawatankuasa Tataterbit Pas memecat keahlian Adun Salor Datuk Husam berkuatkuasa 23 April 2016 kerana didapati melanggar disiplin parti.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata Pas mempunyai 1.1 juta ahli yang bernaung di 192 kawasan Pas diseluruh negara.

"Kita sekarang hanya belum lagi mewujudkan organisasi parti di 30 lagi kawasan di Malaysia," katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Eeeaiiiii aji mung jangan bising laaa, kat sarawak apa elek , ama elekkk puiiiii

    BalasPadam
  2. untung la husam tak yah talak tiga isteri dia...
    yang keluar sendiri dari pas patut kena talak tiga
    maklumla dah baiah

    BalasPadam
  3. Husam tak perlu buat sedih. Ingat semula kerja buat kamu sebelum ini. Apa yg ditanam itulah yg dituai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping