Sabtu, Mei 07, 2016

Mayat keempat ditemui dari lokasi nahas helikopter pada petang Sabtu. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat itu, yang mana identitinya masih belum dikenal pasti, pada pukul 3.26 petang.

Mayat tersebut ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dijumpai pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu berkata, mayat berkenaan dibawa ke pusat operasi SAR di Lingga pada pukul 4.30 petang dan akan diterbangkan ke sini sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak.
"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut sekarang. Usaha untuk membawa mayat ke ibu pejabat polis sedang dilakukan sekarang," katanya.
Dalam masa yang sama, Polis mengesahkan mayat ketiga yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dekat lokasi nahas helikopter pada Sabtu dikenal pasti sebagai jenazah pengawal peribadi Datuk Noriah Kasnon, Ahmad Sobri Harun (gambar).
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihak hospital mengenal pasti identiti Ahmad Sobri selain menemui kad kuasa polis pada jenazah.
"Polis akan menguruskan penghantaran pulang jenazah ke Terengganu menggunakan pesawat tentera udara," katanya.
Muhammad Sabtu berkata, jenazah Ahmad Sobri ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon di Batang Lupar pada Jumaat.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping