Sabtu, Mei 21, 2016

Heh! Beria - ia la orang bagi amaran dan mengingatkan puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabut tu supaya mencerminkan diri mereka sebelum berangan - angan nak bertanding dalam Pilihan Raya.

Kalau sebelum ini pun, sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan, puas jugak Si Mat Sabu tu jadi peminta sedekah hanya semata - mata untuk membantu jentera mereka berkempen.

Itu baru kita sebut bab kewangan. Dah terang - terangan puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu tak mampu. Inikan pulak kalau kita persoalkan mengenai isu sokongan dari jentera akar umbi.

Kat mana puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu nak kutip orang yang nak buat kerja kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil itu diadakan nanti? Jentera bukan boleh dikutip macam duit.

Jadi, memang saranan yang diberikan oleh pimpinan PAS ni ada asasnya. Sepatutnya pemimpin parti KUALI Si Mat Sabu tu sedar dan cermin diri mereka sendiri terlebih dahulu. Jangan suka sangat berjalan nak mendongak ke langit tak tentu arah!!!
KUALA KANGSAR - Ekoran Parti Amanah Negara (PAN) berdegil mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun ini, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menggesa parti serpihan itu untuk 'cermin diri' sebelum mahu bertanding khususnya di Parlimen Kuala Kangsar

Razman berkata, PAN tak perlu berlagak seperti sebuah parti yang sudah matang apabila menggesa Pas untuk beralah dan memberi laluan kepada Pakatan Harapan, sebaliknya PAN perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan kerusi tradisi Pas sejak 1959.

"Amanah yang kononnya profesional, sebelum masuk bertanding bacalah dahulu latar belakang... Kaji undi teras. Untuk pengetahuan, Pas mempunyai cawangan di semua 26 peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.

"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (Pas) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," kata Razman Zakaria.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. PArti PAN-tart tu nanti keras berdiri saja lah jadi Pak Pacak DAPpigs dan Parti Kencing Rakyat....nasib kamulah Labu.....

    BalasPadam
  2. pan syok sendiri...rasa diri kuat sangat wlpun sebenarnya bnyk pnyakit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping