Ahad, Mei 22, 2016

Wah!!! Nampak gayanya puak kartel Si Azmin ni bukan main lagi sibuk nak mempertahankan kenyataan Jahil dan Kurang Ajar yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Jika sebelum ini, Si Azmin tu sibuk melabelkan Hadi Awang sebagai seorang Presiden yang tak tau apa yang sedang berlaku didalam partinya sendiri berhubung isu calon di Parlimen Sungai Besar.

Kenyataan itu dibuat setelah PAS menyatakan keputusan melalui pendirian tegas mereka untuk terus kekal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil dikawasan Parlimen Sungai Besar itu nanti.

Sealiran dengan kenyataan tersebut, Si Zuraidah Mak Lampir juga turut berkongsi pendapat yang sama dengan menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang 'Ghairah' nak merampas kerusi.
"Perkara biasa bagi penyandang sesebuah kerusi untuk mempertahankan hak mereka," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri.
“Pas sebenarnya sekadar mengeluarkan komen awalan bagi menunjukkan minat dan keghairahan mereka untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar menjelang PRK nanti,” katanya.
Jika dilihat dari satu sudut, ternyata kenyataan yang dilakukan oleh Si Mak Lampir ini hanya sekadar nak memcemarkan reputasi dan memberikan persepsi buruk terhadap keputusan PAS.

Si Zuraidah Mak Lampir tu secara tidak lansung seolah - olah ingin memberikan gambaran bahawa PAS merupakan sebuah parti yang TAMAK dan mementingkan diri sendiri dalam soal meletakkan calon.

Dalam erti kata lainnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Zuraidah Mak Lampir ni boleh dianggap sama BIADAP seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Si Azmin tu sebelum ini.

Itu menunjukkan yang puak PKR ni semakin hari semakin hilang rasa hormat terhadap orang lain dan suka memperlekehkan pendirian parti lain. Nampak sangat puak PKR ni dah mula "Besar Kepala" dan nak semua orang tunduk kepada kehendak mereka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping