Ahad, Mei 22, 2016

Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak ni dah mula buat serangan terbuka terhadap PAS melalui kenyataan media mereka. Jika sebelum ini, PKR melabelkan parti tersebut sebagai 'TAMAK'.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas PAS tetap dengan pendirian mereka yang mahu kekal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Jika sebelum ini, Timbalan Presiden PKR menghina Presiden PAS dengan menganggap Hadi Awang sebagai seorang pemimpin yang tidak tau apa yang berlaku didalam partinya sendiri.

Kemudian, kartel Azmin juga turut melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang 'Terlalu Ghairah' mahu mempertahankan kerusi. Sekali gus menggambarkan PAS hanya pentingkan diri sendiri.

Kali ini, giliran puak DAPigs pulak mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang Angkuh hanya kerana mahu mempertahankan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di dua Parlimen tersebut.
“Walaupun Pakatan Harapan telah membuat tawaran terbuka kepada PAS sejak dua minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di dua PRK tetapi PAS angkuh dan enggan berunding,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh wakil parti dari kalangan puak Pakatan Haprak itu bukan sahaja memperlekehkan PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai maruah serta kredibiliti.

Bahkan mereka juga dilihat seolah - olah mula Takut dengan Bayang - Bayang sendiri apabila PAS menetapkan keputusan untuk terus kekal bertanding bagi kedua - dua Parlimen tersebut.

Dari satu sudut, tindakan PKR dan DAPigs yang mengeluarkan kenyataan itu bukan sahaja membuktikan bahawa mereka tidak menghormati pendirian dan keputusan yang telah dibuat oleh PAS.

IRONIKnya, diorang jugak yang anggap PAS sebagai sebuah parti yang sudah tidak relevan dalam arus Politik semasa. Tapi bila PAS buat keputusan nak terus bertanding, dah diorang pulak yang 'Kecut Buah Kerandut' memberi alasan yang bukan - bukan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping