Jumaat, Mei 13, 2016

Menurut kenyataan dari sebuah laman blog Pro Pakatan, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar nanti akan menjadi medan bagi menentukan kisah "Cinta Tiga Segi" PAS dengan UMNO dan PKR.

Secara tidak lansung, artikel yang diterbitkan oleh blog Pro Pakatan Haprak tu mengakui bahawa PAS masih lagi relevan pada ketika ini kerana mampu mempengaruhi keputusan Pilihan Raya.

Setelah keluar daripada Pakatan kerana pertembungan dengan DAPigs dan perpecahan dalamannya sehingga tertubuhnya parti KUALI Mat Sabu, PAS masih bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor.

Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali masih dianggotai oleh PAS dan tiga wakil rakyatnya dilantik sebagai Exco serta banyak juga jawatan lain yang diserahkan kepada ahli PAS.

Tetapi di peringkat pusat, PAS tetap enggan menyertai Pakatan yang dianggotai oleh PKR, DAPigs serta parti KUALI Mat Sabu tu walaupun banyak kali dipujuk dan dirayu oleh PKR secara terbuka.

Hanya selepas beberapa bulan sejak kebelakangan ini, PAS mula bergabung dengan sebuah parti kecil yang dipimpin oleh Mamak Kadiaq tu bagi mewujudkan blok ketiga dikalangan pembangkang.

Dalam masa yang sama, PAS lebih cenderung ingin berbaik - baik dengan UMNO, meskipun pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Pakatan bagi menyelubungi Presiden parti itu secara terbuka.

Beberapa kenyataan Presiden PAS sebelum inidilihat seolah - olah memberikan bayangan mengenai hala tuju parti itu yang dilihat semakin 'seiring dan sejalan' dengan UMNO serta Barisan Nasional.

Sementara PAS dilihat masih "sayang" kepada PKR di Selangor, walaupun enggan menyertai Pakatan, ia sebaliknya turut "saling memikat" dan sesekali berani "keluar dating"  dengan UMNO.

Maka persoalannya pada ketika ini, dalam Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar kelak, apa yang patut dilakukan oleh PAS? Siapa yang akan dipilih untuk menjadi 'Teman Sebantal' mereka?

Sanggupkah dalam kempen - kempen mereka nanti, pemimpin PAS mencela dan menghentam Pakatan sedangkan  wakil parti itu masih memegang pelbagai jawatan dalam Rejim Pakatan di Selangor?

Jika ingin menguji kesetiaan Pas, adalah lebih baik jika PKR yang dipilih bertanding di Sungai Besar. Apa pilihan Pas ketika itu agaknya? Tapi persoalan yang lebih utama, adakah PKR sendiri sanggup melukakan hati PAS secara terbuka???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping