Jumaat, Mei 06, 2016

Ekoran berita mengenai kejadian helikopter hilang di Sarawak dikhuatiri terhempas yang dilaporkan sebelum ini, pelbagai spekulasi mula muncul dikalangan pengguna laman media sosial.

Diantaranya wujud dakwaan mengatakan helikopter tersebut telah selamat mendarat di Seri Aman. Namun sehingga kini, pihak Polis masih tidak dapat untuk mengesahkan berita tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, laporan media arus perdana memaklumkan, pencarian helikopter tersebut masih dijalankan, dan pihak berkuasa sedang giat melancarkan operasi SAR. Berita selanjutnya:
KUCHING: Tiada pengesahan bahawa helikopter yang membawa lima orang penumpang, salah seorangnya dipercayai merupakan ahli kabinet, sudah mendarat di mana-mana.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhd Sabtu Osman berkata buat masa ini, tiada butiran terperinci yang boleh dikongsikan.

"Kami akan gerakkan aset-aset mencari dan menyelamat kami bermula jam 6 pagi esok," kata Sabtu.

Tambahnya, pihak polis berganding bahu dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi usaha mencari dan menyelamat tersebut.

Helikopter tersebut berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang pada Rabu sebelum terputus hubungan pada jam 4.32 petang.

Helikopter tersebut terputus hubungan ketika berada di kawasan Triso di Sri Aman. Perjalanan melalui udara dari Betong ke Kuching biasanya akan memakan masa selama 35 minit.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Susulan itu, DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.


Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping