Jumaat, Mei 06, 2016

Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.
"Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu," katanya.
Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit 'Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm)' digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari sini malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke sini petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota STORM tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Dalam perkembangan yang sama, YAB Perdana Menteri Malaysia menyeru agar seluruh rakyat bersama - sama mendoakan agar helikopter yang hilang itu dapat diselamatkan segera.
"Amat bimbang mengenai laporan helikopter hilang antara Betong dan Kuching. (Misi) mencari dan menyelamat digerakkan. Marilah kita doakan akan keselamatan mereka (di dalam helikopter)," katanya menerusi laman twitter.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan bahawa sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong menuju ibu negeri Sarawak telah hilang.
"Helikopter itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching dalam pukul 5 petang," katanya mengenai pesawat Eurocopter AS350 itu.
Berita mengenai kehilangan helikopter tersebut mula mendapat perhatian dikalangan pengguna laman media sosial sejak jam 6 petang semalam dengan pelbagai spekulasi yang dikeluarkan. Berita selanjutnya bakal menyusul.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping