Khamis, Mei 12, 2016

Hubungan mereka ni dah ibarat "Retak Menunggu Terburai"!!!
Hahaha!!! Nampak gayanya, usaha kem Wan Azizah tu semakin galak membuat serangan secara terbuka terhadap Si Menteri Besar Selangor tu sehingga sanggup memalukan dia didalam sidang media.

Jika sebelum ini Si Azmin tu dengan muka tak malu memujuk PAS untuk kembali menyertai Pakatan Haprak tu bersama PKR, DAPigs dan parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu.

Walaupun Si Azmin tu sedar pujuk rayu itu hanya satu langkah yang sia - sia kerana pendirian PAS yang cukup jelas, namun dia tetap nak buat juga demi untuk menjaga kemaluan dirinya sendiri.

Rata - rata, rakyat sendiri dapat melihat tindakan sumbang Si Azmin tu merupakan satu usaha terdesak untuk mengelakkan dirinya dipersalahkan diatas ke-GAGAL-an PKR di Sarawak.

Malah ada juga yang melihat kenyataan Si Azmin tu seolah - olah cuba nak salahkan PAS sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Pakatan GAGAL menumbangkan BN di Sarawak.

Berbalik kepada cerita pasal Si Azmin tu nak mengajak PAS untuk kembali menyertai Pakatan, ternyata ianya hanya sekadar usaha dia sendiri secara peribadi dan tidak mewakili PKR.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR dalam satu kenyataan sidang media yang dibuat semalam, menafikan Pakatan membuat pujukan sedemikian.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan tidak pernah menjemput PAS menyertai pakatan itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjemput parti Islam itu.
Bukan kami yang jemput. Menteri Besar yang jemput,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu membuktikan bahawa Si Azmin ni suka melangkaui peranan Presiden dan membuat keputusan sendiri tanpa sebarang konsensus.

Malah, penjelasan yang dibuat oleh Wan Azizah itu secara tidak lansung membenarkan tanggapan sesetengah pihak bahawa Si Azmin tu hanya sekadar cuba nak selamatkan dirinya sendiri.

Hakikatnya, Si Azmin tu sebenarnya nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri sebab dia sedar, tanpa sokongan PAS, dia takkan mampu nak memenuhi kehendak nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Bagus lah tu...what a good combination....Nenek Kipas and Ajmin 'AisKerim' Ali.....This is the best the oppo can provide. PAngkah BN lagilah nampaknya dalam PRU 14 ni.....

    BalasPadam
  2. Azwan ada cakap kat arrkk, kasi noro kat dia, kalau dia jadi pm papa,mama cayang semua jadi pm. Jangan gado gado, bijak bijak bijakkkk

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping