Rabu, Jun 15, 2016

Ada nampak tanda - tanda macam Si Menteri Besar Selangor ni insaf sikit tak bila tersebarnya mengenai surat kedua yang dikirimkan oleh Si Ketua Penipu tu dari Sungai Buloh Hq?

Kalau dilihat dari satu sudut, nampak gayanya Si Menteri Besar Selangor tu ada 'Slow' sikit dari memberi sokongan kepada gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan ni.

Takde la dia nampak sangat ghairah tak tentu arah seperti mana yang ditonjolkan sebelum ini. Malah dalam kenyataan media dia semalam pun, dia turut menonjolkan sikap yang lebih berhati - hati.

Walaupun Si Azmin tu kata dia tak tau pun mengenai kewujudan 'Surat Kedua' itu, namun dia tidak menafikan bahawa Si Ketua Penipu tu hanya nak memberikan peringatan kepada PKR.

Dengar katanya, surat kedua yang berbaur amaran dari Si Ketua Penipu tu kali ini ditujukan secara lansung kepada pemimpin - pemimpin PKR yang masih tegar menyokong gerakan Tun Mahathir.

Dan mungkin dek kerana kewujudan surat itu yang membuatkan pemimpin PKR sebelum ini tidak dilihat mengiringi bekas Perdana Menteri itu sewaktu berkempen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir masih lagi dianggap sebagai Musuh Utama kepada parti keluarga Si Ketua Penipu tu dan tetap dilabelkan sebagai seorang pemimpin yang zalim.

Malangnya, ramai dikalangan pemimpin PKR sendiri mula menunjukkan kecenderungan dengan memberikan sokongan kepada Tun, maka kedudukan keluarga Si Ketua Penipu tu pun goyang.

Tapi, walaupun Si Azmin tu kelihatan seolah - olah dia dah insaf dan tidak berapa menonjolkan diri memberi sokongan kepada gerakan deklarasi itu, tak bermakna dia dah hilang nafsu.

Tak mustahil sekiranya Timbalan Presiden PKR tu sedang menjalankan gerak kerja dalam parti dengan cara yang lebih subversif tanpa sebarang pengetahuan dari keluarga Si Ketua Penipu tu.

Mana mungkin seorang pemimpin ada cita - cita tinggi macam Si Azmin tu boleh memadamkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang telah dijanjikan dengan begitu mudah. 

Dasar orang yang bernafsu besar macam Si Azmin ni mana dia tau insaf. Cuma buat masa ni terpaksa la dia buat kerja dalam diam - diam supaya ia tidak membangkitkan kemurkaan Si Ketua Penipu tu dan keluarganya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping