Rabu, Jun 15, 2016

Wah!!! Hebatnya Puteri Kesayangan kepada Si Ketua Penipu yang menjadi penghuni Sungai Buloh Hq tu bercakap. Sekali dia berhujah kat dalam ceramah, macam nak roboh pentas dibuatnya.

Punya hebatnya Ahli Parlimen yang menang Pilihan Raya Umum melalui kaedah menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional bercerita mengenai isu moral ye tak. Macam dia takde dosa pulak.

Dalam ceramah yang disampaikan semalam, Si Nurul Izzah tu mendakwa KONONnya calon Barisan Nasional yang bertanding di Sungai Besar tu hanya membawa 'Legasi Memungkiri Janji'.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada dakwaan mengenai kenaikkan tol yang gagal dikawal oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban.
"Ini merupakan bukti kerajaan tidak punya kredibiliti moral dan menyebabkan rakyat sekali lagi dimangsakan akibat daripada urus tadbir negara yang tempang," bidasnya dalam kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
IRONIKnya, Si Nurul Izzah tu takde pulak nak cerita mengenai kenaikkan harga tol disekitar Negeri Selangor yang turut dikaitkan dengan syarikat konsesi milik Rejim Pakatan tu sendiri.


Kalau nak ikut logik Si Nurul Izzah, kenapa Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin tu tidak menghapuskan tol yang turut berada dibawah syarikat milik mereka sendiri terlebih dahulu?

Sebaliknya, sewaktu isu kenaikkan tol syarikat konsesi milik Rejim Pakatan Haprak tu dipertikaikan, Si Menteri Besar Selangor tu hanya mengarahkan agar mereka mengadakan mesyuarat.

Namun MALANGNYA, sehingga hari ini tol syarikat konsesi yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor tidak juga diturunkan. Jauh sekali mereka nak menghapuskan kadar tol tersebut.

Bahkan, keputusan Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar Selangor memberi kelulusan kepada dua lagi projek Lebuhraya Bertol yang dibantah oleh rakyat juga tidak diceritakan oleh Nurul Izzah.

Walhal, sewaktu nak menggulingkan Khalid Ibrahim sebelum ini, alasan pembinaan lebuhraya itu juga yang dijadikan bahan kempen Murahan puak PKR untuk menghasut rakyat.

Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa Si Nurul Izzah ni hanya setakat 'Pandai Cakap Tapi Tak Serupa Bikin' seperti pemimpin - pemimpin lain dalam Pakatan Haprak tu sendiri?

Itu belum kita cerita lagi mengenai 'Janji Bukan Manifesto' yang masih GAGAL ditunaikan oleh Rejim Pakatan Selangor yang diterajui sepenuhnya oleh PKR tu. Takkan itu pun Si Nurul Izzah tu masih 'Ghairah' nak selak kain orang lain jugak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Betina ni mana ada otak...

    BalasPadam
  2. Sekadar nak tanya....dia ke yang memfitnah Raja Nong Chin dulu?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping